Mengenai Saya

Foto saya
Malang, East Java, Indonesia
Uhibbuka Fillah...

Laman

Selasa, 28 Desember 2010

Hati Kita Hati Orang


Alhamdulillah, baru-baru  ini saya berpeluang mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran dalam  sebuah majlis. Bacaan dan terjemahan surah  Al-Hujraat, benar-benar berkesan di hati kerana ia memperingatkan saya  mengenai pelbagai polemik, konflik, krisis dan kritik yang sudah  menjelma menjadi kata mengata, senda mempersenda, maki hamun malah  fitnah memfitnah sesama kita. Surah ini seharusnya menjadi renungan  pelbagai pihak di kalangan orang politik,  orang persatuan, orang surau,  malah orang di pejabat-pejabat.
Renungkanlah di antara peringatan daripada ALLAH dalam surah ini:
Ayat 6:
Pentingnya Menyelidik Sesuatu Berita, Cerita & Gosip
WAHAI  orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa  sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,  supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak  diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan  kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Ayat 10:
Mendamaikan Pihak Yang Bersengketa, Bukan Mengapi-Apikan
SEBENARNYA orang-orang  yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua  saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya  kamu beroleh rahmat.
Ayat 11:
Larangan Meninggi Diri Dan Mengata Orang Lain
WAHAI  orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki)  mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain,


(kerana) harus  puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula  sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak  perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik  daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban  setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara  satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang  tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka)  amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia  beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan  fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Ayat 12:
Larangan Berprasangka Dan Mencari Salah Orang
Wahai  orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya  kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya  sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip  atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah  kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka  memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan  mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah  larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah;  sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Ayat 13:
Allah Memandang Ketakwaaan, Bukan Keturunan
WAHAI  umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan  perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku  puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan  yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang  yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau  bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam  PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (13)
SESUNGGUHNYA  pertelingkahan dan pergeseran yang terjadi berpunca kerana kegagalan  masing-masing menjaga hati. Perasan yang hati masing-masing masih putih  bersih. Kerana itu berani dan konfiden melakukan apa sahaja dosa tanpa  menyedari hati sudah mula dipenuhi titik-titik noda.
Hadis Rasulullah:
"Sesungguhnya dalam jasad manusia itu ada seketul daging,  jika baik daging itu itu maka baiklah keseluruhan jasad dan jika buruk,  maka buruklah jasad keseluruhannya, ingatlah bahawa daging itulah hati".


Bila hati sendiri tidak terjaga, bagaimana hendak menjaga hati orang lain?


http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1383-hati-kita-hati-orang.html