Mengenai Saya

Foto saya
Malang, East Java, Indonesia
Uhibbuka Fillah...

Laman

Rabu, 24 November 2010

Amalan Shunnah Sebelum Tidur


 بسم الله الرحمن الرحيم
Terdapat beberapa amalan yang dilakukan dan dianjurkan daripada sunnah Nabi Muhammad SAW untuk dipraktikkan sebelum seseorang itu melelapkan matanya pada waktu malam. Sayugia bagi setiap ummat yang kasih dan cinta kepada sunnah Baginda SAW tidak meninggalkan amalan-amalan berikut ini. Amalan-amalan tersebut ialah:
1) Membaca Surah as-Sajdah Dan al-Mulk:
Ini berdasarkan perkhabaran dari Jabir RA sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ahmad, al-Bukhari (didalam kitabnya al-Adab al-Mufrad), at-Tirmizi, an-Nasai (didalam kitabnya ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), ad-Darimi, al-Hakim, Ibnu as-Sunni:
كَانَ رَسُوْلُ اللهِ (ص) لاَ يَنَامُ حَتىَّ يَقْرَأَ ( الم تنزيل ) وَ( تبارك الذي بيده الملك
Maksudnya: Adalah Rasulullah SAW tidak tidur sehingga ia membaca Surah as-Sajdah dan al-Mulk.
Dalam riwayat an-Nasai dan Ibnu as-Sunni terdapat tambahan “setiap malam”:
كَانَ رَسُوْلُ اللهِ (ص) لاَ يَنَامُ كُلَّ لَيْلَةٍ حَتىَّ يَقْرَأَ ……………..


Maksudnya: Adalah Rasulullah SAW tidak tidur setiap malam sehingga ia membaca Surah as-Sajdah dan al-Mulk.
2)Membaca Dua Ayat Terakhir Surah al-Baqarah (Ayat 285 dan 286):
Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), Ibnu Majah, ad-Darimi, Ibnu Hibban:
  الآيَتَانِ مِنْ آخِرِ سُوْرَةِ الْبَقَرَةِ مَنْ قَرَأَ بِهِمَا فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ
Maksudnya: Dua ayat dari akhir Surah al-Baqarah, barangsiapa yang membacanya pada waktu malam nescaya mencukupi baginya.
Keterangan: Maksud “mencukupi baginya” ialah terpelihara dari sebarang keburukan dan kejahatan pada sepanjang malam tersebut.
3)Solat Witir:
Berkata Abu Hurairah RA sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain:
 أَوْصَانِي خَلِيْلِي (ص) بِثَلاَثٍ: بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَياَّمٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَي الضُّحَى وَأَنْ أُوْتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ
Maksudnya: Kekasihku (Nabi Muhammad) SAW telah berwasiat kepadaku dengan tiga perkara:1) Berpuasa tiga hari pada setiap bulan (tanggal 13, 14 dan 15)2) Mengerjakan dua rakaat Solat Dhuha3) Bahawa aku mengerjakan Solat Witir sebelum tidur
Mengerjakan Solat Witir sebelum tidur adalah “pengikat” sebagaimana diistilahkan oleh Nabi Muhammad SAW didalam hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad:
   الَّذِي لاَ يَنَامُ حَتىَّ يُوْتِرَ حَازِمٌ
Maksudnya: Orang yang tidak tidur sehingga mengerjakan Solat Witir terlebih dahulu adalah pengikat.
Keterangan: Maksud “pengikat” didalam hadith tersebut ialah pengikat antara seseorang dengan solat malam. Dengan erti kata lain sekiranya ia tidak terbangun untuk solat malam pada malam tersebut maka Solat Witir yang telah dikerjakan sebelum tidur itu menjadikannya dicatat sebagai orang yang telah mendirikan malam. Dengan itu tidak luput daripadanya solat malam pada malam tersebut.


Walaupun begitu bagi sesiapa yang terasa kuat dan mampu bangun diakhir malam maka mengerjakan Solat Witir ketika itu adalah lebih afdhal/utama. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, Muslim, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, al-Baihaqi:
مَنْ خَافَ أَنْ لاَ يَقُوْمَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوْتِرْ أَوَّلَهُ وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُوْمَ آخِرَهُ فَلْيُوْتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ فَإِنَّ صَلاَةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُوْدَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ
Maksudnya: Barangsiapa yang takut tidak dapat bangun pada akhir malam maka berwitirlah diawal malam (sebelum tidur), dan barangsiapa yang ingin bangun pada akhir malam maka berwitirlah diakhir malam kerana sesungguhnya solat diakhir malam disaksikan (oleh malaikat), dan itu lebih afdhal.
Perhatikan hadith berikut ini sebagai perbandingan, hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Khuzaimah, al-Hakim, al-Baihaqi dari Abu Qatadah RA katanya:
أَنَّ النَّبِيَّ (ص) قَالَ ِلأَبِي بَكْرٍ: مَتَى تُوْتِرُ؟ قَالَ: أُوْتِرُ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ , فَقَالَ لِعُمَرَ: مَتَى تُوْتِرُ؟ قَالَ: أَنَامُ ثُمَّ أُوْتِرُ. قَالَ: فَقَالَ ِلأَبِي بَكْرٍ: أَخَذْتَ بِالْحَزْمِ أَوْ بِالْوَثِيْقَةِ وَقَالَ لِعُمَرَ: أَخَذْتَ بِالْقُوَّةِ
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW bertanya kepada Abu Bakar: “Bilakah kamu mengerjakan Solat Witir”, jawab Abu Bakar: “Aku mengerjakan Solat Witir sebelum aku tidur”. Kemudian Nabi SAW bertanya kepada Umar: “Bilakah kamu mengerjakan Solat Witir”, jawab Umar: “Aku tidur kemudian aku bangun mengerjakan Solat Witir”. Sabda Nabi SAW kepada Abu Bakar: “Kamu telah mengambil ikatan atau simpulan” dan bersabda kepada Umar: “Kamu telah mengambil kekuatan (untuk bangun malam)”.
Timbul satu persoalan bagi sesiapa yang mengerjakan Solat Witir sebelum tidur apakah perlu melakukannya sekali lagi apabila bangun pada separuh/akhir malam setelah selesai mengerjakan Solat Tahajjud. Jawapannya ialah tidak perlu, memadai dengan Solat Witir yang telah dikerjakan sebelum tidur itu kerana Nabi Muhammad SAW menegah dikerjakan dua kali Solat Witir dalam satu malam berdasarkan hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Khuzaimah:
  لاَ وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ
Maksudnya: Tidak ada dua witir dalam satu malam.
Tidak timbul soal “membatalkan” Solat Witir yang telah dilakukan sebelum tidur dengan mengenapkan solat tersebut yaitu dikerjakan solat satu rakaat setelah bangun pada separuh/akhir malam untuk Solat Tahajjud kemudian mengerjakan Solat Witir sekali lagi setelah selesai Solat Tahajjud.


Tetap kekal atas Solat Witir yang dikerjakan sebelum tidur dan tidak perlu “membatalkannya” setelah bangun pada separuh/akhir malam merupakan pendapat tiga imam mazhab iatu Imam Malik, As-Syafie dan Ahmad sebagaimana yang disebut oleh Imam at-Tirmizi didalam Sunannya dibawah “Bab-bab Witir: Bab Yang Datang Bahawa Tiada Dua Witir Dalam Satu Malam”.
Jika diteliti, pada hakikatnya sesiapa yang beramal dengan pendapat “membatalkan” Solat Witir sebenarnya telah mengerjakan tiga kali witir dalam satu malam:
1) Sebelum tidur,2) Selepas bangun dari tidur untuk mengenapkannya, dan3) Selepas selesai dari mengerjakan Solat Tahajjud.
Oleh sebab itu Imam al-Mubaa-rakpuu-ri menyebut didalam kitabnya “Tuhfah al-Ahwazi” dalam syarah/penjelasannya kepada hadith “Tidak Ada Dua Witir Dalam Satu Malam” diatas menyatakan bahawa beliau tidak pernah menemui satu hadith marfu’ (bersumber daripada Nabi Muhammad SAW) yang soheh menunjukkan atas thabitnya “membatalkan” Solat Witir.
Kemudian mendatangi tempat tidur.
4)Membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq, an-Naa-s :
Melalui perkhabaran Aishah RA yang diriwayatkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), Ibnu Majah.
أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ (ص) كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيْهِمَا فَقَرَأَ فِيْهِمَا (قل هو الله أحد) وَ (قل أعوذ برب الفلق) وَ (قل أعوذ برب الناس) ثُمَّ مَسَحَ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila masuk tidur setiap malam Baginda menghimpun dua tapak tangannya kemudian menghembus pada kedua-duanya, maka dibaca pada kedua-dua tapak tangan tersebut Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naa-s. Kemudian Baginda menyapu dengan kedua-dua tapak tangan tersebut apa yang dapat disapu dari badannya bermula dari atas kepala, muka dan depan dari badannya. Baginda melakukan demikian tiga kali (yakni hembus pada dua tapak tangan, baca tiga surah tersebut dan sapu pada badan).
5)Membaca Ayat al-Kursi (al-Baqarah: 255):
Berdasarkan kisah Abu Hurairah RA yang dibenarkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dimana syaitan mengajarnya keutamaan Ayat al-Kursi yang dibaca sebelum tidur:


إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ اْلكُرْسِيِّ , لَنْ يَزَالَ مَعَكَ مِنَ اللهِ حَافِظٌ , وَلاَ يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ, فَقَالَ النَّبِيُّ (ص): صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوْبٌ , ذَاكَ شَيْطَانٌ
Maksudnya: Apabila kamu masuk tidur maka bacalah Ayat al-Kursi, akan sentiasa bersama kamu pemeliharaan dari Allah dan syaitan tidak akan menghampiri kamu hingga ke subuh. Maka bersabda Nabi Muhammad SAW: Apa yang ia beritahu kamu adalah benar dan dia adalah pembohong, itu adalah syaitan.
Disediakan oleh: Ustaz Ibrahim Mohd Raja al-Maniri

Daftar Rujukan:
1) Kitab-kitab hadith yang disebut periwatannya diatas.2) al-Azkar, Yahya bin Syaraf an-Nawawi.3) Fiqh as-Sunnah, as-Sayyid Saa-biq.
[Sumber:http://assabiel.com/?p=579]

http://www.facebook.com/note.php?note_id=467953869525&id=1513215927&ref=mf

Hati...... Tempat 'BERTEMU' Tuhan?


 Sholawat beserta salam keatas junjungan besar kita, Nabi Muhammad Sholallahualai Wasalam,utusan Allah SWT,penyampai rahmat kepada sekelian alam.
     Tiada Tuhan kecuali Allah,yang menggerakkan alam semesta,yang menghidupkan dan mematikan,Ia ada sebelum segala sesuatu ada.
"Dan kalaulah tidak karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS. An Nur:21).      
      Tidak seorang pun yang mampu membersihkan hati dari perbuatan keji dan munkar ,jika kegelapan hati itu berasal dari syaitan yang telah berkuasa dalam hati ,sehingga terkadang kita alpa bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati,adakah kita sudah berserah padaNYA atau masih dikuasai hawa nafsu.Kita hampir tidak memiliki ruang atau wilayah yang bebas dari kekuatan iblis,ia menguasai segala sektor,kecuali wilayah jiwa orang yang bertaqwa,dan yang menyerahkan dirinya kepada Allah sebagai pelindung.Maka itu marilah kita teruskan usaha  menyucikan jiwa,kerana pertemuan dengan Allah kelak memerlukan hati yang sejahtera,jiwa yang suci. Apabila terasa kepenatan dengan ragam dunia, ingatlah janji Allah akan kekalnya kebahagiaan akhirat,dan betapa singkatnya dunia yang fana ini.
     Kebanyakan ahli Agama,terutamanya mereka yang memperhatikan masalah akhlaq kepada Allah ,berpendapat bahwa hati manusia merupakan kunci pokok pembahasan menuju pengetahuan tentang Allah SWT.Hati juga berperanan sebagai pintu dan sarana Allah memperkenalkan kesempurnaan-NYA.Justeru itulah pentingya menjaga hati itu ,pastikan hati itu senantiasa cantik ,tenteram indah,dan jika keadaan disekitar mulai mempengaruhi hati kepada kegalauan,ketidak tentraman,maka perlu kita hadapi dengan tawakkal,sirami hati dengan Zikrillah,senantiasa ingat akan kebesaranNYA,dan keampunanNYA.Barulah matlamat ayat diatas dapat dijadikan acuan bahwa Allah akan membersihkan siapa yang dikehendaki NYA,sehingga seorang hamba beriman itu merasa 'akrab' dengan Rabb nya."Dzikirlah akan Tuhanmu dalam hatimu, serta merendahkan diri dan tunduk dan bukan dengan suara terdengar, waktu pagi dan petang hari, dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang tidak berdzikir (lalai tidak ingat)."(Q.S. Al A'raaf, Ayat 205) 

Hanya melalui hati manusialah keseimbangan sejati antara Sang Khaliq dan Alam ini boleh dicapai.
Dalam hadist Qudsi Allah berfirman,"Tidak dapat memuat Zat-Ku, Bumi dan Langit-Ku, yang dapat memuat Zat-Ku ialah hati hamba-Ku yang mu'min, lunak dan tenang" (HR. Bukhori dari Abu Hurairah ra.).
      

Al Qur'an menggunakan istilah qalb (hati) dan menyebutnya sebanyak 132 kali.Makna dasar kata qalb ialah membalik,kembali,berubah,dan naik turun.Dari latar belakangnya hati mempunyai sifat yang selalu berubah,sebab hati tempat kebaikan dan kejahatan,kebenaran dan kesalahan
      "Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan lebih baik pada kamu, ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah (menyekat)diantara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.(Qs Al Anfal,ayat 24)
     "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Barang siapa yang menjadi musuh Jibril, maka Jibril itu telah menurunkannya (Al-Qur'an) ke dalam hatimu dengan seizin Allah; membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman."(Qs, Al Baqarah; ayat 97).

Hati adalah pusat pandangan,pemahaman,dan ingatan (zikir)
      "Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah mata hati yang ada dalam dada"(Qs Al Hajj,ayat 46).
        Iman tumbuh dan bersemayam dalam hati,akan tetapi didalam hati juga tumbuhnya kekafiran,kemungkaran serta penyelewengan dari jalan yang lurus (benar).Sebab itulah Allah tetap menegaskan bahwa perilaku ibadah seseorang bukan hanya sekedar dilihat dari syarat sah rukun syariat saja ,akan tetapi harus sampai kepada pusat iman yaitu Hati.Oleh karena sering dan banyaknya ibadah yang kita lakukan terkadang kita hampir lupa bahwa ibadah selalu menuntut pemurnian hati (keikhlasan).Padahal pemurnian hati inilah yang akan menghasilkan sesuatu yang ‘Haq’ serta memberi kesan kepada iman secara langsung.
      Iman yang benar mempunyai ciri tersendiri dan diakui oleh Al Qur'an,Ia terpegun dan terharu tatkala nama Allah disebut,bahkan ada yang  meluapkan kegembiraan dan kerinduannya hingga menjerit, menangis,seraya bersujud.       Hatinya bergetar dan imannya bertambah,sehingga begitu kukuh dan mantap dlam setiap langkahnya karena keihsanan bersama Allah yang selalu dijaga.Ia akan selalu berbisik kedalam lubuk hatinya ketika menghadapi persoalan hidup dan kesulitan dunia.,krena disitulah Allah akan mencampakkan petunjukNYA berupa Ilham,sebagai pegangan untuk menentukan sikap sehingga kaum beriman akan selalu terjaga dalam Hidayah dan bimbingan AllahSWT. "Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang melainkan dengan ijin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya(untuk menerima segala sesuatu itu dengan tenang dan sabar). Dan (ingatlah)Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu."(Qs At Taghabun,ayat 11).
    

 Namun sebaliknya jika kita lalai dari menjaga hati kita,syaitan akan menggantikan kedudukan Allah bersemayam di istana hati manusia.Allah akan memalingkan dan menghinakan orang yang lalai dari taqwa dan mengingatinya.Kekejian itupun dapat menyeruak masuk kedalam kalbu melalui hembusan ilham pula,sehingga akal fikiran yang seharusnya menimbang tidak mampu menghalau kedatangan petunjuk tersebut.Marah dan benci tidak diundang,tetapai ia datang langsung ke pusat hati,sedang tubuh tak berdaya mengikut saja kemahuan sihir iblis,akhirnya hati menjadi buta,ha'udzubillah.
      Iman dan kafir terletak di dalam hati,Allah telah memberi contoh2 orang yang dibuka hatinya dan yang tertutup hatinya.Maka keputusannya terletak pada manusia itu sendiri untuk memilih jalan yang sesat atau yang lurus (benar).      "sesungguhnya beruntunglah orang yang menjadikan dirinya -yang sedia bersih-bertambah tambah bersih-(dengan iman dan amal kebajikan),dan sesungguhnya hampalah orang yang -yang sedia bersih itu-susut dan terbenam kebersihannya.(mengotorkannya) "(Qs Asy Syam 9-10)
    Oleh itu marilah kita memerhati masalah mengurus hati dahulu,kita harus memasrahkan bersungguh2 kepada Pembuka Hati ,mari kita perhatikan kedalam,kita jenguk hati yang sedang terbaring tak berdaya,terkadang syaitan pandai bermain ,ia menuntun fikiran untuk menerawang keangkasa mengajak mi'raj keangan angan2 panjang dan melupakanNYA,dalam setiap hal baik itu berwudhuk sedang sholat membaca Al Qur'an dan ibadah lain2.
        Sudah berapa kali kita menepis ajakan itu ,namun kekuatan iblis memang luar biasa,cukup banyak usaha kita untuk melawannya,namun gagal dan gagal lagi.
         Namun ada yang,tidak tidur dan tidak lalai,yaitu diri sejati yang selalu melihat keadaan hati kita yang sakit.Dialah 'basirah' dalam diri kita ,Firman Allah "Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri"(Al Qiyamah ayat 14).Ia tidak  bersekongkol dengan syaitan ,ia yang mengetahui pembohongan hati,kejahatan,karena ia selalu mengikut Fitrah Allah,Ia jujur tawadhuk,khusyuk penuh kasih sayang dan adil.
          Kita boleh merasakannya sekarang ,jika kita berbohong,ia berkata lirih "kenapa kamu berbohong?"  Ia tak tidur dikala kita tidur,ia 'melihat' waktu kita bermimpi tatkala kita dikejar anjing ,ia melihat ketika jin menggoda dsb,Namun hati tidak kuasa mengikuti kata 'basirah' itu yang digelar oleh Allah "Roh Ku",disinilah kita dapat mengakui kebenaran surah Asy Syam ayat 9-10 tadi.
         Mari kita perbaiki hati dengan cara 'mendatangi' Allah,kita serahkan segala persoalan,kerumitan hati yang selalu ragu-ragu, ketidakmampuan menahan hawa nafsu yang bergolak keras.Karena Allah sendiri akan memalingkan hati dari kelalaian,perbuatan sia-sia dsb ,sehingga begitu terasa sentuhan Ilahi,tatkala mengangkat kotoran hati dengan menggantikannya dengan perbuatan baik dan ikhlas.
      

Mungkin kita masih dalam keraguan,namun mungkinkah kita akan mendapat rahmat dan bimbingan Allah dalam menghindari perangai tercela,dan menjalani kehidupan dengan petunjukNYA?
          Dan yang paling penting untuk kita hindari ialah prasangka buruk terhadap Allah,kita timbulkan rasa percaya bahwa hanya Allah SWT lah yang mampu memberikan Hidayah dan bimbingan serta merungkaikan persoalan hidup yang kita hadapi,sehingga keselamatan menjadi salah satu kejayaan hidup kita di dunia dan kebahagiaan menjadi kejayaan di akhirat kelak.TakabbalAllah WaminnaWamingkum ,subhannallah.

http://www.facebook.com/notes/renungan-n-kisah-inspiratif/hati-tempat-bertemu-tuhan/10150089697236042

Indahnya Memaafkan


Assalamualaikum . . .

Yg sering menjadi problem berat kita adalah kemauan untuk memaafkan kesalahan orang lain. Berat ringannya kemauan memaafkan itu terkait dengan besar kecilnya rasa kesal, atau dendam kita terhadap seseorang. Semakin dalam rasa kekesalan, kebencian, dan permusuhan kita pada seseorang, maka semakin berat kita untuk memaafkan.


Allah mengajarkan kita untuk saling memaafkan?Secara psikologis, yg mendapatkan keuntungan dari sikap memaafkan orang itu yg pertama adlh pihak yang memaafkan, bukan yg dimaafkan. Secara psikologis, bukankah benci itu suatu beban yg memberatkan kita? Rasa benci itu juga bagaikan luka. Bila kebencian kita pelihara, sama saja kita memelihara luka diri.
Dan bila kebencian telah berubah menjadi dendam yang menuntut balas, maka luka itu semakin kita perdalam dan semakin perih kita rasakan sebelum dendam terlaksana. Namun ketika dendam telah terlaksana, benarkah luka atau beban yg berat dipikul kemana-man tadi akan hilang ? Pengalaman mengatakan: “tidak”, dan permusuhan akan meningkat, yg berarti semakin dalam kita menyayat kulit hati yg telah luka dan perih tadi. Semakin sakit, khan?
Jadi, bukankah memafkan itu sesungguhnya suatu terapi jitu untuk kesehatan kita ?! Begitu kita memafkan orang, maka beban berkurang, luka membaik. Dan bila benci serta dendam telah hilang sam sekali dari hati kita, maka betapa sehat dan ringannya kita menjalani hidup ini.
Org yg memelihara kebencian sama halnya memelihara penyakit. Bukankah suatu tindakan yg konyol dan bodoh?
Jadi, kalau kita ingin sehat jadilah pribadi pemaaf.Apabila kita sudah terkondisi saling memaafkan, maka suasana psikologis kita menjadi bersih, kembali asal fithrohnya yg memang bersih, ikhlash, dan lugas bagaikan bayi.
Betapa indahnya prilaku bayi yang baru lahir. Apapun yg dilakukan serba indah dan alami. Orang tua tak akan marah meskipun sang bayi kencing sewaktu digendong. Mengapa begitu ? Ada perasaan tulus, ikhlash, dan segala perbuatannya serba lugas. Hati terbebas rasa benci, selalu bersikap mencintai dan penuh maaf.
Wowww....Alangkah indahnya kalau saja hidup dan pergaulan kita bertaburan cinta kasih yg tulus. Tiada dendam, benci, …..yg ada ketulusan cinta....

Oleh Ryan Kent

http://www.facebook.com/notes/melati/indahnya-memaafkan/164049060300144

Ciri-Ciri Ikwah ( Muslim yang baik )


Ciri-Ciri Ikwah (  Muslim yang baik )saudaraku di jalan Allah ciri2 ikhwan sejati ini sengaja kita kelompokkan dalam versi muhasabah cinta,sebagai muhasabah bagi kita juga tentunya apakah kita bagian ikhwan yang dimaksud,semoga kita menjadi muslim terbaik,yang menjadi teladan bagi sekeliling kita,keberadaan kira menjadi ruh baru di lingkungan kita..semoga….
amin ya Allah.....
- mencintai Allah,Rosulnya dan jihad dijalanNya
- menundukkan pandangan dengan wanita yang tidak muhrim baginya
- sholatnya tepat waktu dan sholat lima waktu di mesjid


- senantiasa merindukan pertemuan mingguan/halaqoh
- tidak pacaran tapi PACARAN(pakai cara nikah)
- senantiasa menambah wawasan keislamannya
- waktu luangnya dipakai membaca al-quran
- tidak apatis dengan tetangga,atau orang yang belum mengenal dakwah
- tidak memanjangkan kumis,memanjangkan jenggotnya(meskipun sedikit) sebagai pelaksanaan sunah,tidak memakai cincin emas,dan baju sutra.
- menjaga hijab dengan wanita yang tidak muhrim baginya
- rajin menghafal al quran
- berprestasi di lingkungannya
- bila menjadi suami,ia menjadi qawwam yang baik kepada anak dan istrinya
- selalu terdepan menyambut seruan dakwah
- keikhlasan selalu menjadin kunci dalam beramal
- bila menjadi seorang guru dia menjadi tempat bertanya yang disenangi dan menjadi bengkel ruhi bagi binaanya
- sesibuk apapun 1 juz al qur’an senantiasa menemaninya dalam sehari
- berusaha selalu menambah pemahamannya dalam dakwah termasuk dakwah siyasi
- senantiasa berbaik sangka kepada saudara seiman
- bila menjadi ayah,ia menjadi orang terdekat bagi anak-anaknya.
- selalu tersenyum bila bertemu dengan saudara seiman
- minimal membina /mengajak orang kepada kebaikan
- menyayangi orangtuanya dan senantiasa mendoakan mereka


- membersihkan jiwanya dengan cara menikah
- selalu semangat mengikuti setiap agenda dakwah
- memandangnya mengingatkan kita pada Allah……….

sudah kah aku menjadi ikhwan sejati? atau sekedar numpang nama ikhwan? atau ikhwan ikhwannan

(Copas Milis tetangga,dari seorang akhwafilah )

tambahan admin:
Ciri-Ciri Ikwah (  Muslim yang baik )
Tidak suka mengobral ta'aruf didunia maya

http://www.facebook.com/notes/melati/ciri-ciri-ikwah-muslim-yang-baik-/164006416971075

Miskin Segan ,Kaya Tak Meyenangkan


oleh: Semangat kebaikan


seandainya aku punya motor pasti aku akan pergi kajian setiap hari ke tempat itu.seandainya aku punya komputer, pasti aku akan belajar lebih giat.seandainya aku punya uang, aku akan rajin berinfaq dan membantu para anak jalanan.
mau beli mobil yang baru ah biar ngak ketinggalan zaman.jalan jalan ke luar negeri.hp yang termahal apa ya.
mungkin itulah beberapa ungkapan dari kondisi manusia yang berbeda-beda, 3 ungkapan pertama menggambarkan orang yang hidup dibawah kesejahterahan maupun yang kecukupan, 3 ungkapan selanjutnya menggambarkan keinginan orang yang berlebihan.



Kebutuhan hidup tidak ada habisnya jika kita selalu dan selalu berfikir lebih dari apa yang kita butuhkan.
Pertanyaan mendasar yang perlu ditanyakan kepada diri kita sebelum menginginkan sesuatu “APAKAH HAL INI MEMANG SAYA BUTUHKAN ?”
sebagai contoh apakah kita membutuhkan hp yang berfasilitas internet jika kita hanya menggunakan hanya untuk sms dan telepon saja ? Apakah laptop lebih baik dibanding komputer bagi kita yang hanya diam di rumah saja? Atau mobil di daerah jakarta bila kita pergi hanya seorang saja ?
Cukupkan diri ini dengan nikmat yang telah ALLAH berikan, bernafas merupakan nikmat terbesar dibanding mobil super cangih, melihat adalah suatu karunia terbesar dibanding rumah super mewah.

Semangat kebaikan 2010

http://www.facebook.com/notes/melati/miskin-segan-kaya-tak-meyenangkan/164001616971555