Mengenai Saya

Foto saya
Malang, East Java, Indonesia
Uhibbuka Fillah...

Laman

Sabtu, 01 Januari 2011

Kuatkah Daku Andai Tiang Itu Masih Rapuh?


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost that your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah...
Telefon bimbitku berulang-ulang kali mendendangkan lagu InshaAllah nyanyian penyanyi arab terkenal, Maher zain. Oleh kerana lagunya sangat menenangkan serta menyentuh kalbu,aku menjadikannya sebagai nada dering untuk jam locengku di telefon bimbit.Tanganku pantas meraba ke bawah bantal mencari telefon bimbitku. ”Hah,dapat pun!” Dengan bersusah payah aku membuka mata dan...

Astaghfirullahalazim! 6.07 pagi?
Aku kesiangan lagi pagi ini dan yang paling menyedihkan solat subuhku ‘gajah’ lagi.Mungkin bukan gajah tetapi ‘dinosaur’ layaknya kerana kini subuh di Mesir masuk waktu seawal sekitar 4.15 pagi.Masuk pagi ini sudah tiga kali berturut-turut aku terlewat bangun untuk mengerjakan solat subuh.
Lantas aku beristighfar lagi sambil melompat dari atas katil. Langkahku dipercepat.Tiang agamaku tidak mungkin kubiarkan terus rapuh. Biar sudah terlambat, solat harus dikerjakan dan keampunan harus kupinta daripada Yang Maha Pengampun.
Matahari semakin terik. Peluh cepat sahaja bertelur di dahiku. Mujur kelas selama enam jam berturut-turut sudah pun tamat, alhamdulilah. Namun ada sesuatu yang kukesali. Walaupun si pensyarah hebat dalam menerangkan ilmu-ilmu medik kepada kami, nampaknya aku gagal memahaminya dengan baik.


Aku tidak dapat fokus sedang teman-teman yang lain tersenyum lebar sambil memuji-muji kehebatan si pensyarah tadi menghurai tajuk pelajaran pada hari ini. Muhasabahku mengingatkan aku kepada solat subuh yang terlewat pagi tadi. Mungkin inilah akibatnya apabila solat subuh yang merupakan permulaan hari pun tidak dikerjakan pada waktunya. Bibirku melafazkan istighfar lagi.
Setibanya aku di asrama MARA, aku terus mengajak ahli baitku mengerjakan solat asar berjemaah. Kali ini solatku lebih khusyuk seolah-olah ingin berlama-lama ‘menghadap’ Dia demi memohon keampunan dari setiap penjuru khilaf yang telah ku perbuat. Usai solat, wirid yang aku imami sengaja aku panjangkan dek kerana perasaan rasa bersalahku padaNya masih berbaki.
Satu jam lagi Madrasah al-Razi akan bermula. Hendak mengulangkaji pada waktu petang-petang sebegini selalunya apa-apa yang dibaca susah sedikit mahu difahami, tambahan pula memang aku sudah terbiasa belajar selepas solat maghrib. Untuk mengisi masa lapang ,ku buka komputer ribaku untuk menyemak emel. Tiba-tiba ‘offline message’ dari Kak Mardhiah,mahasiswi usuluddin Universiti Al-Azhar muncul di skrin.
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan:
Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.
Aku terkedu. Mesej yang diterima betul-betul terkena di batang hidungku sendiri. Tidak dapat kubayangkan betapa seksa dan dahsyatnya azab Allah SWT. Air panas yang terkena ditanganku semasa membancuh teh pagi tadi pun sudah cukup membuatku terjerit, apatah lagi azab Allah yang maha pedih.

”Nauzubillah min zalik”, ucapku dalam hati.
Sememangnya pagi tadi aku bukan sengaja melewatkan solat subuhku.Aku cuma terlewat bangun kerana kepenatan belajar sehingga terbawa-bawa ke dalam lena yang panjang. Namun perasaan bersalah terasa kuat sehingga diri terasa hina. Ah,lama sungguh aku melayan perasaan. Madrasah al-Razi bakal bermula sebentar sahaja lagi.



Tingkat 3 bangunan MARA Iskandariah sudah dibanjiri dengan kedatangan mahasiswa dan mahasiswi. Seperti biasa,bilangan akhawat melebihi bilangan ikhwah yang hadir. Tidak lama kemudian,Ustaz Salman Maskuri atau lebih dikenali sebagai ‘Akhi Salman' di alam maya tiba diiringi beberapa orang ikhwah.
Syukur pada Allah kerana dengan adanya insan yang bersungguh-sungguh mahu berkongsi ilmu seperti Ustaz Salman, kami mendapat pelbagai ilmu yang sudah semestinya tidak mungkin diperolehi di Fakulti Perubatan. Meskipun sistem pembelajaran tampak menarik diselang-selikan pula dengan lawak-lawak ustaz yang pastinya mengundang tawa, tumpuanku agak terganggu dengan kehadiran ikhwah yang seorang ini.
Petang ini, dia kelihatan bersahaja memakai baju melayu berwarna biru laut, warna kesukaanku. Tambahan pula, dia memilih untuk duduk betul-betul sebaris denganku. Ah,Allah memang sengaja ingin menguji keimananku. Pandanganku asyik tertumpu ke arah pemuda itu. Entah mengapa hatiku berkenan sungguh padanya. Mungkin kerana akhlaknya yang baik, ditambah pula dengan sikapnya yang peramah serta berkepimpinan. Tetapi dia tidak pernah mengetahui bahawa aku mengaguminya dalam diam. Cuma terdaya memandangnya dari jauh.
Lamunanku terhenti apabila ustaz menyentuh bab hati. Tumpuanku bertambah semula. Ada kata-kata ustaz yang merenggut ketenangan di hatiku. Kata ustaz, semasa solat kita hendaklah khusyuk kerana apabila kita teringat perihal dunia sedang bibir memuji kebesaranNya, Allah akan berkata dengan nada yang sedih:

”Yang mana lebih penting? Aku atau perihal dunia yang kau ingat itu?”.
Kemudian apabila kita teringat lagi perihal dunia buat kali kedua setelah datangnya khusyuk, Allah akan bertanya soalan yang sama buat kali kedua. Dan apabila kita teringat perihal dunia buat kali ketiga, Allah tidak akan bertanya lagi. Jika  Allah sudah tidak hiraukan kita lagi, adakah solat yang kita laksanakan akan diterima?
Aku terus tersentak. Kelas Madrasah al-Razi kali ini betul-betul memberi impak besar pada diriku. Dadaku terasa bagai dihempap. Sedih, terkilan, menyesal, semuanya menjadi satu. Seisi kelas terdiam seribu bahasa bagai bermuhasabah sendiri pada waktu itu juga.Ya Allah,orang yang melaksanakan solat, tiang agamaMu pun ada cacat celanya apatah lagi orang yang menunaikan solat tetapi di hujung-hujung waktu sepertiku ini. Ya Allah, ampunkan hambaMu ini.
Kali ini mataku tidak terarah ke arah sang pemuda itu lagi. ”Maksiat mata!”, bentak hatiku. Aku bertekad,perasaan ini tidak harus dilayan dan solat selepas ini akan kukerjakan dengan sebaiknya walau terpaksa berperang dengan diri sendiri melawan kemalasan serta hasutan syaitan. Ya! Aku harus kuat untuk menjadi muslim yang sejati. Biar Islam pada diriku bukan sekadar tertulis hanya pada nama, tetapi biar terzahir pada hati, lafaz serta perbuatanku.

Allahuakbar,allahuakbar...
Azan sudah pun berkumandang. Alhamdulilah, pada kali ini aku berjaya menunaikan solat Subuh pada awal waktu. Aku berasa sangat sehingga di kelas pun aku masih tersenyum. Pada sujud terakhir, ada air mata keluar berlinangan dari kelopak mataku. Alangkah indahnya jika kita sentiasa hidup dalam keimanan. Alhamdulilah...


http://www.iluvislam.com/karya/cerpen/1405-kuatkah-daku-andai-tiang-itu-masih-rapuh.html

Kisah Pengurus, Anak Dan Seorang Ibu


Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.
Semasa menemuduga salah seorang calon,pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga  perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti.Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.
Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak".
Pengurus itu  bertanya lagi, "Jadi  adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah  meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah  membayar  semua yuran pengajian saya".
Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah".Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.
Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi,"Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?".Gadis itu menjawab, " Tidak pernah.Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan.Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian.Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."
Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.
Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi.Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.
Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan.Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu.Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kusut dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air  di tangannya.
Lama-kelamaan  gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti .


 Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya  yang cemerlang  dan juga demi masa depan seorang anak.Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.
Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.
Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya
"Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?".
Gadis itu menjawab
"Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal".
Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"
Gadis itu menjawab. "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini.Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti  betapa sukar nya mendapat sedikit wang untuk hidup.Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."
Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya.Awak diterima untuk bekerja disini." Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya.Prestasi syarikat juga semakin meningkat.
Pengajaran dari cerita ini ialah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah.Dari situ , kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.


http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1403-kisah-pengurus-anak-dan-seorang-ibu.html

Menghayati Tugas Keibubapaan Sebagai Profesion


Institusi keluarga adalah tonggak kepada pembinaan sebuah komuniti, kampung, daerah atau wilayah, negeri sehinggalah kepadapembentukan negara yang harmonis. Kejayaan sesebuah negara amat bergantung kepada kejayaan kelompok mikro, iaitu komuniti kampung dan keluarga.
Sekiranya ibubapa berjaya memimpin ahli keluarga, ketua kampung atau penghulu boleh dikira telah berjaya sebahagian besarnya.
Kampung cemerlang, kepimpinan negeri akan lebih banyak mempunyai ruang untuk memajukan negeri tanpa banyak kerenah dan masalah dalaman, yang mana hari ini menjadi isu yang mengganggu seperti keruntuhan sosial, keretakan rumahtangga, pergaduhan, pembunuhan, jenayah dan sebagainya.
Lantaran itu, untuk langkah pengukuhan menjadikan profesion kepemimpinan dipandang tinggi, ia mesti bermula dengan dengan memartabatkan profesion ibubapa untuk dihayati oleh semua.
Hari ini, profesion kepemimpinan dalam jabatan, syarikat mahupun politik menjadi rebutan ramai orang. Menjadi seorang YB adalah satu kemegahan, meskipun berdepan dengan pelbagai reaksi dan kadangkala tentangan daripada rakyat setempat.
Ironisnya, menjadi pemimpin dalam keluarga banyak tidak diendahkan malahan ramai yang tidak jelas tentang bidang tugas serta mengabaikannya. Barangkali kerana tidak ada pilihanraya di kalangan ahli keluarga sama ada boleh melantik semula atau menggugurkan ibubapa daripada jawatan tersebut.
Idea mewujudkan piawaian keluarga cemerlang adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan, agar profesion ibubapa dipandang tinggi dengan adanya tahap penilaian seperti ini. Ia juga membolehkan untuk diberi pengiktirafan kualiti perkhidmatan ibubapa kepada anak-anak, kualiti hubungan anak-anak dalam keluarga serta beberapa aspek lain yang berkaitan, sepertimana pengiktirafan anugerah kualiti di peringkat jabatan, negeri dan nasional.
Usaha sebegini adalah perlu dijayakan dengan sokongan semua pihak.



Penubuhan Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) adalah sesuatu yang tepat untuk menerajui masyarakat ke arah memikirkan cabaran, solusi, masa depan ibubapa menghadapi peredaran zaman.
Dahulu, isu sebegini tidak difikirkan secara serius memandangkan kebanyakan ibubapa melaksanakan duti mereka secara sepenuh masa, di samping menjalankan kerja-kerja mencari rezeki. Hari ini, baik ibu mahupun bapa, kebanyakannya secara sepenuh masa terlibat dengan urusan kerja di luar rumah, meninggalkan anak-anak dan keluarga di bawah pengawasan pembantu rumah.
Tidak hairanlah, akhir-akhir ini timbul isu peristilahan 'pengurus rumahtangga' untuk menggantikan imej pembantu rumah pada masa depan. Persoalannya, apakah bidang tugas ibubapa semakin mencabar atau dilihat semakin profesional yang menyebabkan perlu kepada seorang pengurus tambahan.
MAPIM dilihat mampu memainkan fungsi sebagai dewan perwakilan untuk ibubapa bersidang dan bermuafakat mencari penyelesaian isu-isu semasa, menambahbaik perkhidmatan sebagai ibubapa dan merencanakan masa depan bersama rakan sejawatan.
Begitu juga dari sudut perspektif yang lain, profesion ibubapa adalah satu jawatan yang mempunyai pengaruh dan bidang kuasa yang komprehensif. Di samping elemen kepemimpinan yang seringkali menjadi rebutan orang ramai pada hari ini, ibubapa juga adalah guru, kaunselor dan rakan karib.
Secara mudah, persoalan seperti, berapa banyak masa kita peruntukkan setiap hari untuk melaksanakan tugas pengajaran kepada anak-anak.
Ataupun anak-anak kita hanya hadir kuliah sekali seminggu atau sebulan? Jika keberadaan guru atau pensyarah dalam kelas diambilkira sebagai sesuatu yang serius, kenapa tidak ibubapa?
Barangkali ramai ibubapa berpendapat, bidang tugas mereka hanya menjaga anak-anak semasa bayi? Malah hari ini, mulai ramai anak-anak yang dibesarkan oleh pembantu rumah dan pusat-pusat jagaan sejak dari bayi?
Ibu dan bapa adalah guru wanita dan lelaki, saling melengkapi tugas masing-masing. Guru wanita lebih sesuai sebagai guru kaunselor dan guru lelaki pula amat sesuai sebagai guru disiplin.
Begitu indah jika tugas hakiki ibubapa sebegini berlangsung dalam bentuk sinergi yang melengkapkan tugas pengajaran anak-anak seperti sebuah sekolah.



Tidak bermakna, tidak ada peranan guru di sekolah, tetapi ibubapa adalah guru sebenar manakala guru-guru di sekolah adalah pembantu menjayakannya.
Begitu juga, ibubapa adalah pengasuh sebenar manakala pembantu rumah atau pusat jagaan adalah pembantu. Kedua-duanya perlu dinilai prestasi mereka dari masa ke semasa. Sebagai ibubapa, apakah kita telah melaksanakan tugas kita sebagai guru yang berjaya, kaunselor yang dipercayai, guru disiplin yang menyelesaikan kebanyakan masalah disiplin, ataupun rakan karib yang menjadi tempat anak-anak berkongsi kehidupan? Ataupun ada guru lain yang lebih disanjungi selain kita? Kaunselor lain yang lebih dipercayai? Guru disiplin lain yang lebih dihormati? Atau rakan karib lain yang sering mereka berkongsi segala-galanya?
Hasilnya, ramai di kalangan ibubapa yang menjawat jawatan-jawatan di atas tetapi tidak ada kuasa melaksanakannya, hilang kepercayaan, tidak dihormati malah ditentang terang-terangan oleh anak-anak, yang sudah tentu ada guru, kaunselor dan rakan karib lain yang mempengaruhi hidup mereka.
Saya tertarik dengan ucapan Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Haji Nasir Tun Sakaran pada Konvensyen Keibubapaan Peringkat Negeri Sabah di Semporna, tahun lalu di mana beliau menekankan soal pentingnya ibubapa memahami bahawa [B]profesion ibubapa itu adalah sesuatu yang sangat signifikan, malah penentu sama ada memandu keluarga ke syurga atau sebaliknya[/B]. Dalam Islam, ibubapa adalah dipertanggungjawab mencorakkan seluruh kehidupan anak-anak sama ada menjadikannya baik atau jahat.
Seharusnya sebagai ibubapa yang profesional, kita mesti jelas dengan bidang tugas hakiki yang sepatutnya menjadi indikator pencapaian prestasi (KPI) yang diaudit untuk penilaian setiap masa. Dalam konteks ini, saya percaya konsep audit dalam secara berintegriti adalah paling sesuai. Ini kerana penilaian kualiti keibubapaan adalah bersifat formatif dan bertujuan untuk penambahbaikan berterusan. Sesuatu yang sangat tepat ditentukan dalam Islam, apabila perkahwinan antara dua insan berbeza jantina dilihat amat ampuh sebagai audit dalam yang efektif.
Ibu menilai pencapaian KPI bapa manakala bapa menilai pencapaian KPI ibu. Dalam hal penilaian prestasi keibubapaan, saya berpegang kepada konsep tradisi ulama Islam bahawa anak-anak tidak seharusnya menilai prestasi ibubapa, tetapi sebagai ibubapa yang professional dan mengamalkan prinsip kualiti yang berintegriti dan transparen, anak-anak perlulah dijadikan responden atau sumber penilaian dengan andaian mereka adalah pelanggan perkhidmatan kita.
Barangkali perlu ada istilah 'letak jawatan' untuk ibubapa yang gagal menepati sasaran prestasi minimum. Atau juga mungkin perlu diwujudkan dalam keluarga kita bentuk tindakan pembetulan segera sekiranya gagal melepasi audit, secara berhikmah.



Ini adalah sebahagian tugas hakiki ibubapa. Sebagai satu profesion, ibubapa mestilah merangka skop tugasan, sasaran pencapaian dan penilaian prestasi mereka.
Organisasi seperti MAPIM, PIBG, LPPKN, JAKIM dan jabatan-jabatan agama adalah antara yang perlu segera berkolaborasi untuk menyediakan skop tugas ibubapa sebagai profesion yang praktikal, professional dan berkualiti. Mungkin skop tugas ibubapa baru berbeza dengan ibubapa senior dalam beberapa keadaan berdasarkan pemberat sesetengah aspek.
Terdapat idea ke arah mewujudkan Standard Keluarga Cemerlang yang saya kira amat wajar dipertimbangkan, di mana ia perlu diselarikan dengan skop tugas keibubapaan yang perlu dirangka lebih dahulu.
Tidak perlulah ditimbulkan isu profesion berbayar ataupun tidak, tetapi lebih penting bidang tugas jawatan yang kita sandang itu terlaksana ataupun tidak?
Ibubapa perlu merasakan tugas  keibubapaan tersebut sebagai amanah kepemimpinan di mana rakyatnya adalah ahli keluarga ; megah dengan profesion tersebut, berkongsi pandangan dan pengalaman dengan rakan sejawat lain bagi penambahbaikan perkhidmatan keibubapaan dari masa ke semasa.
Dalam perspektif Islam, perbincangan ini bukanlah asing kerana ia berkait rapat dengan amanah sebagai ibubapa, adab dalam keluarga dan ibadah mendidik serta membesarkan anak-anak. Namun dalam perbincangan konteks semasa, perspektif profesion dan kualiti yang mudah difahami oleh masyarakat hari ini diambilkira sebagai wasilah untuk lebih mudah difahami dan dihayati.
Wadah perbincangan sebegini perlu diteruskan dengan perbincangan lebih terperinci tentang pendrafan skop tugas hakiki ibubapa, audit berdasarkan piawaian keluarga cemerlang, cabaran profesion keibubapaan dan solusi-solusi praktikal sama ada berbentuk falsafah, inovasi mahupun produk teknologi yang boleh meningkatkan lagi perkhidmatan keibubapaan dalam era yang semakin berubah.


http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/1402-menghayati-tugas-keibubapaan-sebagai-profesion.html

Kepercayaan Helang


"Boleh ke saya ni abang? Susah lah. Orang lain memang la boleh, mereka semua ada asas Arab. Saya ni tidak ada asas, sebab tu la saya gagal kot!"
Begitulah luah seorang pelajar sebulan sebelum menduduki SPM tempoh hari. Soalannya kepada saya, sempat ke dalam masa sebulan ni nak tukar dari gagal kepada A?

Helang Sangkakan Dirinya Ayam


Seorang petani yang sedang mencari herba di atas bukit terpandang sarang burung. Tiada ibu, tapi ada beberapa biji telur di dalamnya. Si petani tahu itu adalah telur si helang. Fikirnya kalau diambil sebiji telur tentu tak mengapa. Sampai di rumah, si petani tadi meletakkan telur helang tersebut bersama telur ayam, dan dieram oleh ibu ayam.
Dua hari kemudian, ibu ayam berkokok keriangan, kerana semua anak-anaknya sudah menetas- termasuk anak helang tadi!
Anak helang itu dibesarkan oleh ibunya (ibu ayam) seperti abang-abang dan kakak-kakaknya yang lain. Ia makan apa yang mereka makan, minum apa yang mereka minum, buat apa yang mereka buat, hatta mengikut ke mana sahaja ibu dan abang kakaknya pergi. Pendek kata, si helang dibesarkan sebagai seekor ayam. Malah si helang ini tidak pandai terbang.
Dan si helang penuh percaya bahawa dirinya adalah seekor ayam, walau berbeza dengan ibu, abang dan kakaknya.
Lama selepas itu, si helang ini telah tua- sedang semua ibu, abang dan kakaknya dijual oleh tuannya, si helang masih di situ. Sedang si helang ini mematuk makanan bersama ayam lain, si helang terpandang ke langit, dan terlihat seekor burung yang sedang terbang megah. Lalu tanya si helang ini pada ayam, "siapa itu? Aku kagum melihatnya, begitu hebat menyusur di udara".
Lalu balas si ayam, "itulah Sang Helang, raja segala burung. Bukan seperti kita, burung yang mematuk di bumi!"
Si helang tua mengangguk, dan kembali mematuk tanah, mencari makanan...sehingga akhir hayatnya.

Bina Kepercayaan Hari Ini
"Apa yang awak ada sekarang, atau apa yang pernah awak ada dulu bukan penentu mutlak siapa awak esok hari. Tapi baik abang, atau awak sendiri, kita sama-sama yakin, apa yang awak percaya, itulah yang awak akan jadi!"
Kita sudah tentu tidak mahu menjadi seperti si helang tadi yang membesar, menjadi tua, mematuk tanah, malah mati 'sebagai ayam', sedang kita punya sepasang sayap besar yang membolehkan kita terbang menyusur angkasa mencari makanan di merata tempat, dan akhirnya mati dengan bangga sebagai raja burung!


http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1404-kepercayaan-helang.html

THE MIRACLE OF GIVING (Kisah Kakak Beradik yang Saling Memberi)


Sahabat Hikmah yang tercinta…
Izinkan saya ikut belajar menulis dan berlatih berbagi….
Sahabat, kadang kita takjub dengan balasan yang diberikan oleh seseorang kepada kita untuk sebuah perbuatan yang menurut kita pada saat melakukannya adalah “biasa-biasa saja”. Namun balasan (yang sebenarnya kita tidak mengharapkannya) yang diberikan dahsyatnya luar biasa…apalagi ketika melakukannya dengan penuh keikhlasan, penuh cinta dan kasih…
Berikut ada sebuah cerita yang diambil dan ditulis ulang dari sebuah ebook kumpulan motivasi…semoga bermanfaat dan dapat menambah kecintaan kita pada saudara-saudara kita…menambah semangat untuk terus memberi dan terus berbagi…dan semoga bisa melembutkan hati…
Adapun ceritanya begini :
Aku dilahirkan di sebuah dusun pegunungan yang sangat terpencil. Hari demi hari , orangtuaku membajak tanah kering kuning, dan punggung mereka menghadap ke langit. Aku mempunyai seorang adik, tiga tahun lebih muda dariku. Yang mencintaiku lebih dari aku mencintainya.
Suatu ketika, untuk membeli sebuah sapu tangan yang mana semua gadis di sekelilingku kelihatan membawanya, aku mencuri lima puluh sen dari laci ayahku. Ayah segera menyadarinya. Beliau membuat adikku dan aku berlutut di depan tembok, dengan sebuah tongkat bambu ditangannya.


“Siapa yang mencuri uang ayah?!!!” Beliau bertanya. Aku terpaku terlalu takut untuk berbicara. Ayah tidak mendengar siapapun mengaku. Beliau mengatakan lagi “ Baiklah kalau begitu kalian berdua layak dipukul!”
Dia mengangkat tongkat bambu itu tinggi-tinggi. Tiba-tiba, adiku mencengkeram tangannya dan berkata, "Ayah, aku yang melakukannya!”
Tongkat panjang itu menghantam punggung adikku bertubi-tubi. Ayah begitu marahnya sehingga ia terus menerus mencambukinya sampai beliau kehabisan nafas. Sesudah itu beliau duduk di ranjang dan memarahi kami. ”Kamu sudah belajar mencuri dari rumah, hal memalukan apalagi yang akan kamu lakukan di masa mendatang ? kamu layak dipukul, kamu pencuri tidak tahu malu.”
Malam itu, ibu dan aku memeluk adikku, tubuhnya luka, tetapi ia tidak menitikan airmata setetespun. Di pertengahan malam itu, saya tiba-tiba menangis meraung-raung.. Adikku menutup mulutku dengan tangan kecilnya dan berkata, ”Kak, jangan menangis lagi sekarang, semuanya sudah terjadi.”
Aku masih terus membenci diriku karena tidak memiliki cukup keberanian untuk maju mengaku. Bertahun-tahun telah lewat, tapi insiden tersebut masih kelihatan baru seperti kemarin. Aku tidak pernah lupa tampang adikku ketika melindungiku. Waktu itu, adiku berusia 8 tahun. Aku berusia 11 tahun.
Ketika adikku berada pada tahun terakhirnya di SMP, ia lulus untuk masuk SMA di pusat kabupaten. Pada saat yang sama, saya diterima untuk masuk sebuah universitas propinsi. Malam itu, ayah berjongkok di halaman, menghisap rokok tembakaunya, bungkus demi bungkus. Saya mendengar dia berkata lirih, ” Kedua anak kita memberikan hasil yang begitu baik, hasil yang begitu baik”. Ibu mengusap airmatanya yang mengalir dan menghela nafas, ” Apa gunanya? Bagaimana mungkin kita bisa membiayai keduanya sekaligus?”
Saat itu juga adikku berjalan ke hadapan ayah dan berkata, ”Ayah, saya tidak mau melanjutkan sekolah lagi, aku telah cukup membaca banyak buku”
Ayah marah besar dan berkata : ” Mengapa kamu mempunyai jiwa yang begitu lemah!!! Bahkan kalau aku harus mengemis di jalanan akan aku lakukan, kamu berdua harus sekolah sampai selesai.”
Siapa sangka keesokan harinya, sebelum subuh datang adikku meninggalkan rumah dengan beberapa helai pakaian lusuh dan sedikit makanan. Dia menyelinap di samping ranjangku dan meninggalkan secarik kertas di atas bantalku: ”Kak, masuk ke universitas tidaklah mudah. Saya akan pergi mencari kerja dan mengirimmu uang.”


Aku memegang kertas tersebut di atas tempat tidurku dan menangis dengan air mata bercucuran sampai suaraku hilang. Tahun itu adiku berusia 17 tahun dan aku 20 tahun. Dengan uang yang ayahku pinjam dan uang dari adiku hasilkan dari mengangkut semen pada lokasi konstruksi, akhirnya aku sampai akhir tahun ketiga kuliah.
Suatu hari, aku sedang belajar di kamarku, ketika teman sekamarku masuk memberitahukan, ” Ada seorang penduduk dusun menunggumu di luar sana!”
Mengapa ada seorang penduduk dusun mencariku? aku berjalan keluar, dan melihat adikku dari jauh, seluruh badannya kotor. Aku menanyakannya,”Mengapa kamu tidak bilang pada temanku kamu adalah adikku?”
Dia tersenyum dan menjawab, ”Lihat bagaimana penampilanku. Apa yang akan mereka pikir jika mereka tahu aku adalah adikmu? Apa mereka tidak akan mentertawakanmu?”
Aku merasa terenyuh dan airmata memenuhi mataku. Aku menyapu debu-debu dari badan adikku dan sambil tersekat aku berkata ”Aku tidak peduli omongan siapapun! Kamu adalah adikku apapun juga Kamu adalah adikku bagaimanapun penampilanmu...”
Dari sakunya, ia mengeluarkan sebuah jepit rambut berbentuk kupu-kupu. Ia memakaikannya kepadaku dan terus menjelaskan, ”Saya melihat semua gadis kota memakainya. Jadi saya pikir kakak harus memilikinya...”
Aku tidak dapat menahan diri lebih lama lagi. Menariknya ke dalam pelukanku dan menangis....Tahun itu ia berusia 20 dan aku 23.
Pertama kali aku membawa teman-teman kuliahku ke rumahku, kaca jendela yang pecah telah diganti dan semuanya kelihatan bersih.Setelah teman-temanku pulang, aku menari seperti gadis kecil di depan ibuku. ”Bu, ibu tidak perlu menghabiskan banyak waktu untuk membersihkan rumah kita".
Tetapi katanya sambil tersenyum ”Itu adalah pekerjaan adikmu, dia pulang lebih awal untuk membersihkan rumah ini. Tidakkkah kamu melihat luka ditangannya? Ia terluka ketika memasang kaca jendela baru itu."
Aku masuk ke dalam ruangan kecil adikku. Melihat mukanya yang kurus , seratus jarum terasa menusuk hatiku. Aku mengoleskan sedikit salep pada lukanya dan membalut lukanya. ”Apakah sakit?"
”Tidak kok Kak...Aku biasa kena batu-batu kak.”  Ditengah kalimatnya aku membalikan punggungku karena air mata mulai menggenang dimataku....Tahun itu adikku 23 tahun dan aku berusia 26 tahun.


Ketika aku menikah, aku tinggal di kota. Aku berkali-kali mengundang orangtuaku datang dan tinggal dirumahku, tetapi mereka tidak pernah mau. Mereka sudah merasa dibesarkan di dusun dan tidak tahu harus berbuat apa kalau seandainya keluar dari dusun. Adikku juga mengatakan ”Kak jagalah mertuamu saja, saya yang akan menjaga ibu dan ayah disini..”
Suamiku menjadi direktur pabrik. Kami menginginkan adiku kerja di pabrik, akan tetapi adiku tak pernah mau, dia ingin tetap menjaga ayah ibu.
Suatu hari adiku jatuh dari sebuah tangga untuk memperbaiki kabel, ketika dia terkena sengatan listrik dan dia masuk ke rumah sakit. Aku dan suamiku menjenguknya, dan melihat gips putih dikakinya. Aku berkata ”Mengapa kamu menolak kerja menjadi manajer pabrik di tempat kakakmu. Coba kalau kau terima, tentu kamu tidak akan mengalami seperti ini.”
Dengan tanpang serius dia menjawab ”Kak, pikirkan nama baik kakak ipar kak. Ia baru saja menjadi Direktur, sedangkan saya tidak berpendidikan, nanti apa kata orang kalau saya menjadi manajer ? Kasihan kakak ipar."
Mata suamiku dipenuhi airmata, dan kemudian aku berkata ” Tapi kamu kurang berpendidikan itu juga karena aku, kakakmu."
"Mengapa kakak membicarakan masa lalu?” Adikku menggenggam tanganku. Tahun itu ia berusia 26 tahun dan aku 29 tahun
Adikku kemudian menikahi seorang gadis pada usia 30 tahun. Dalam acara itu pembawa acara perayaan bertanya kepadanya, ”Siapa yang paling kamu hormati dan kasihi?”  Tanpa berpikir panjang adikku menjawab ”Kakakku."
Ia melanjutkan dengan menceritakan kembali sebuah kisah yang bahkan tidak dapat kuingat lagi.
Ketika kami sekolah SD. Saya dan kakakku sekolah SD di tempat yang cukup jauh dari tempat tinggal kami, di sebuah dusun yang berbeda. Setiap hari aku dan kakakku berjalan selama kurang lebih dua jam untuk pergi dan pulang ke sekolah. Suatu hari aku kehilangan satu sarung tanganku. Kakakku memberikan satu dari kepunyaannya. Ia hanya memakai sebuah sarung tangan di tangannya, padahal kami berjalan sangat jauh dan cuaca sedang musim sangat dingin. Ketika kami tiba dirumah, tangan kakakku begitu gemetaran, sehingga ketika makan dia tidak bisa memegang sendoknya.......Sejak hari itu aku bersumpah, selama saya masih hidup aku akan menjaga kakakku dan aku akan selalu baik kepadanya."
Tepuk tangan membanjiri ruangan itu. Semua tamu memalingkan perhatiannya kepadaku. Kemudian kata-kata begitu susah keluar dari bibirku, ”Dalam hidupku..orang yang paling berjasa padaku adalah adikku..orang yang paling aku berterima kasih adalah adikku."


Dan dalam kesempatan yang paling berbahagia itu..di depan kerumunan perayaan itu..air mata bercucuran turun dari wajahku seperti sungai....
Sahabat hikmah yang tercinta....
Teruslah mencintai dan mengasihi.......
Nabi shalallaahu 'alaihi wa sallam bersabda:
Ù„َÙŠْسَ Ù…ِÙ†َّا Ù…َÙ†ْ Ù„َÙ…ْ ÙŠُÙˆَÙ‚ِّرْ الْÙƒَبِيرَ ÙˆَÙŠَرْØ­َÙ…ْ الصَّغِيرَ
"Tidaklah termasuk golonganku orang yang tidak menghormati yang lebih tua dan tidak menyayangi yang muda 
(Shahih Shahihul Jami’ no. 5445, diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ath-Thabrani dari Ibnu Abbas)
Teruslah berbagi, sekecil apapun bentuknya.......
Rasulullah saw bersabda, " Khoirunnaasi anfa'uhum linnaas”  "Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi manusia lainnya."  (HR Daruquthni).


http://www.facebook.com/notes/kata-kata-hikmah/the-miracle-of-giving-kisah-kakak-beradik-yang-saling-memberi/492093310848