Amir merapati isterinya, Aisyah yang sedang berada
di atas katil.
"Sayang, selamat hari lahir."
Aisyah tersenyum.
"Terima kasih, abang."
Amir berkata kepada isterinya, "abang ada
hadiah untuk sayang. Sayang kenalah tutup mata. Manalah tahu abang akan bagi
emas dan permata kepada sayang, nanti silau pula mata sayang."
Aisyah tersenyum dan menutup matanya.
"Aisyah sudah tutup mata. Mana hadiah daripada
abang?"
Amir menghulurkan bungkusan hadiah dan meletakkannya
ke tangan Aisyah.
"Sayang boleh buka mata sekarang. Tengoklah
hadiah yang abang berikan, istimewa untuk Aisyah, isteri abang yang
tercinta."
Aisyah membuka matanya.
"Terima kasih, abang. Aisyah buka pembalut
hadiah, ya."
Aisyah membuka balutan hadiah.
"Wah, ada buku untuk Aisyah. Terima kasih,
abang. Hadiah ini amat bermakna untuk sayang. Sayang memang suka membaca
buku."
Amir tersenyum dan bertanya kepada isterinya,
"sayang tahu kenapa abang hadiahkan buku untuk sayang?"
Aisyah memandang suaminya. Amir meneruskan
kata-katanya.
"Buku adalah hadiah yang dapat dibuka
berkali-kali. Buku adalah hadiah yang sentiasa bertambah nilainya. Sayang
amalkanlah ilmu yang tertulis di dalam buku ini dan sayang akan mendapat lebih
banyak manfaat dalam hidup sayang."
Aisyah mengangguk-anggukkan kepalanya sambil
membelek-belek buku yang diterima itu.
"Ada kad di dalam buku ini."
Amir bertanya kepada isterinya, "kad daripada
siapa, sayang?"
Aisyah memandang kad itu.
"Kad ini datangnya daripada suami Aisyah yang
amat Aisyah cinta. Terima kasih, abang."
Amir bertanya kepada isterinya, "Aisyah suka
dengan hadiah daripada abang?"
Aisyah memeluk buku yang diterimanya itu dan
menjawab,
"Aisyah suka sangat dengan hadiah ini dan
Aisyah sayang sangat kepada pemberi hadiah ini."
Amir bertanya lagi kepada Aisyah.
"Abang gembira sangat kalau dapat melihat
Aisyah gembira. Sayang, sayang sudah tidak mahukan hadiah lain? Cukupkah
sekadar dengan buku dan kad itu sebagai hadiah hari lahir sayang?"
Aisyah menjawab, "cukuplah dengan kasih sayang
dan cinta daripada abang sebagai hadiah untuk Aisyah."
Amir tersenyum dan berkata, "betulkah sayang
sudah tidak mahukan hadiah yang lain? Kalau macam itu, siapa pula yang mahu
memakai gelang emas ini?"
Amir mengeluarkan seutas gelang emas daripada
poketnya dan menunjukkannya kepada Aisyah.
"Abang mahu menghadiahkan gelang emas ini
kepada isteri abang, tetapi isteri abang sudah tidak mahukan hadiah lagi."
Aisyah terdiam sebentar dan memandang gelang emas
itu. Air mata tergenang di mata Aisyah. Aisyah menangis.
"Abang, Aisyah cintakan abang. Aisyah sayang
sangat kepada abang."
Amir hanya tersenyum dan berkata kepada isterinya,
"sayang janganlah menangis. Sayang menangis sebab bimbang kalau abang bagi
gelang emas ini kepada orang lain, ya? Gelang emas ini memang untuk Aisyah.
Abang tidak akan bagi kepada orang lain. Aisyah janganlah bimbang."
Amir memberikan senyuman kepada isterinya dan Amir
merapati Aisyah.
"Sayang janganlah menangis. Air mata sayang
lebih mahal daripada gelang emas ini. Selamat hari lahir, sayang."
Aisyah menyapu air matanya dan memberikan senyuman
kepada suaminya.
"Terima kasih, abang."
Amir memakaikan gelang emas itu ke tangan Aisyah.
"Alahai, cantiknya isteri abang. Selamat hari
lahir, sayang. Semoga seluruh umur kita akan diberkati oleh Allah dan semoga
rumah tangga kita sentiasa diredhai oleh Allah."