Mengenai Saya

Foto saya
Malang, East Java, Indonesia
Uhibbuka Fillah...

Laman

Sabtu, 15 Januari 2011

Kisah Klasik Untuk Masa Depan


Satu hari semasa aku di darjah dua, Cikgu  meminta semua murid-murid  menulis sebuah karangan. Karangan yang aku tulis bertajuk 'Sahabat karib  saya'.
Tulis punya tulis akhirnya aku sampai ke penghujung. Namun tidak dapat mencipta penutup.
"Umi... nak tulis camne penutup," tanyaku pada Ibuku.
Umi berfikir.
"Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar ditemui," balas Ibuku.
.......
Itu kisah 16 tahun yang lalu tapi kata-kata itu masih tetap melekat  dalam fikiranku. Maknanya memang jelas. Mencari kawan memang mudah tapi  mencari kawan yang bersama waktu susah, tidak mudah.
Seorang kawan yang memberikan teguran dan peringatan - itulah teman  yang kita cari. Sayangnya, ramai orang teman itulah yang dimaki.
Ramai orang selesa dengan teman yang menganggap kita sebagai Raja.
"Sesungguhnya peringatan itu berguna bagi orang Mukmin." (Az-Zariyat : 55)
Mr. X mengingatkan aku akan maksud firman Allah s.w.t.



"Manusia itu sifatnya pelupa. Jadi kita perlu sentiasa diberikan peingatan. Kalau buat-buat lupa..."
Mr. X berhenti sejenak. Memandang diriku.
"Buat-buat lupa.. apa jadi?" tanyaku.
"Padan muka!" selamba jawab Mr. X.
Hmm..padan muka.
Padan muka.
Padan muka.
"Ketahuilah bahwa Allah sangat keras siksa-Nya" (Al-Anfal : 25).