1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat
penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW
akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapak dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang
lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis karena
takut akan Allah SWT dan orang yang takut akan Allah SWT maka
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar
ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa
yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail
AS.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya maka akan tinggal
bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap
ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa
serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
7. Dari Aisyah ra, "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu
dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapakmu, maka
jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, maka semua ikan-ikan di
laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya (serta menjaga sembahyang
dan puasanya).
12. Aisyah ra berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?
Jawab baginda, "Suaminya."
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan
Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,
maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya
(10000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,
maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,
maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan-Nya.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya pada saat melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya
yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang
hamba dengan ikhlas untuk membela agama-Nya.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang
wali.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1000
lelaki yang jahat.
22. 2 rakaat shalat dari wanita yang hamil adalah lebih baik
daripada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum susu (susu ASI) kepada anaknya
maka akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah
dalam keadaan letih maka akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami
yang melihat isterinya dengan kasih sayang maka akan dipandang Allah dengan
penuh rahmat.
26. Wanita yang mendorong suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun
lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari.
Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat dari yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga
anak yang sakit maka akan diampunkan oleh Allah seluruh dosanya. Dan bila dia
menghibur hati anaknya, Allah akan memberi 12 tahun pahala ibadah.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah"
maka akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
"bismillah" maka Allah akan berkahkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berdzikir maka akan
mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang
hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadah pada malam
hari.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat
dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya maka Allah mengaruniakan satu
pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,
maka dia akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat maka akan mendapat
pahala 12 tahun shalat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktunya (2½ thn),
maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib
baginya.
37. Jika wanita memberi susu (susu ASI) kepada anaknya yang
menangis, maka Allah akan memberi pahala satu tahun shalat dan puasa.
38. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh maka akan mendapat
pahala 7 tola emas dan jika wanita memijit suami bila disuruh maka akan
mendapat pahala 7 tola perak.
39. Wanita yang meninggal dunia dengan keridhaan suaminya maka
akan memasuki syurga.
40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah ibadah, maka
akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.
41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di
akhirat. Tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang menutupi auratnya,
yaitu memakai jilbab di dunia ini dengan istiqamah.