Mengenai Saya

Foto saya
Malang, East Java, Indonesia
Uhibbuka Fillah...

Laman

Kamis, 06 Januari 2011

Istimewa 2011 Untuk Anda!


Menjadi fitrah manusia sukakan sesuatu yang baru; baju baru, mainan baru, komputer baru, TAHUN BARU =)
Maka memulakan cerita, saya nak ucapkan.. Selamat Tahun Baru.
Dalam Islam kita menyambut tahun baru pada 1 Muharram. Emm..hari ini berapa haribulan kalendar Islam ye =)
Kalendar Islam dihasilkan semasa pemerintahan Saidina Umar r.a.  Kalendar Islam dimulakan dengan mengambil peristiwa hijrah sebagai titik  permulaan.
Tapi ramai yang kurang tahu yang peristiwa hijrah berlaku pada Rabiulawwal dan bukannya Muharram. Menarik bukan =)
Jadinya kenapa pula kalendar Islam bermula dengan Muharram?
Sebenarnya bulan Islam dimulakan dengan Muharram kerana dikatakan  inilah saat yang mana Nabi berniat untuk melaksanakan hijrah. Maka  jadilah 1 Muharram detik permulaan =)


Rujukan? Haa...belajar mesti memerlukan  usaha. Tidak boleh macam makan  mee segera. Cepat dimasak sedap dimakan.  Cuma kurang zatnya.
Untuk rujukan, dengan ini aku mempersilakan semua untuk membaca sirah Nabi s.a.w dan juga sejarah para sahabat r.a.
Kita  perlu menjadi umat Islam yang cemerlang. Banyakkan membaca  untuk  berjaya. Ilmu itu untuk mereka yang mencari, bukannya untuk  mereka yang  suka goyang kaki =)
Selamat tahun baru.
Menuju kejayaan.
Menuju Islam yang gemilang =)


http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1415-istimewa-2011-untuk-anda.html