Fana, itulah perkataan yang tepat
apabila berbicara soal cinta.
Cinta itu segalanya indah, tapi
ramai jua merasai pahitnya cinta.
Selepas saya menulis beberapa
artikel yang menyentuh serba sedikit tentang isu evergreen iaitu CINTA,
membuatkan diri ditempatkan oleh pembaca menjadi salah seorang dari rujukan
Sedangkan nikah pun belum, ayat power
dan sakti untuk mencairkan wanita belum lagi digunakan.
Dan sekarang satu demi satu ada yang
meminta pandangan.
Saya serba sedikit cuba untuk
menjadi pendengar yang setia, bukan untuk memberikan satu jawapan yang tepat
dan jitu.
Kerana cinta itu masalah dan bicara
jiwa.
Jiwa pula berbeza-beza tempatnya
disetiap manusia.
Mana mungkin saya memberikan jawapan
melainkan banyak berkongsi cerita bagaimana untuk menguruskan cinta.
Memberikan alat kepada mereka untuk
mencari jawapan.
Hadir dalam riang. Hadir dalam duka.
Hadir dalam keliru. Hadir dalam blurr.
Itulah warna warni pembaca yang
tampil untuk berkongsi cerita dengan saya. Sudah semestinya setiap yang hadir,
saya raikan dengan hati yang berbunga-bunga.
Cinta diungkap, hati gelisah.
"Amad, anda percaya tentang
mimpi tak?" tanya seorang teman maya.
"Mimpi? Nak kata tak percaya,
tidak juga. Nak kata percaya, silaplah. Tapi banyaknya tak percayalah. Kenapa
tiba-tiba buka bab mimpi ni?" saya menjawab dan pada masa sama cuba
memberi ruang keselesaan kepada beliau untuk berkongsi rasa.
"Macam ini, saya semenjak dua
tiga hari ini, asyik bermimpi tentang seorang lelaki ni saja. Saya tak nak,
tapi sering termimpi," dia bercerita.
Lelaki mimpi lelaki? Haru! Kawan
maya saya ini adalah seorang wanita.
Jadi pantas saja yang masuk dalam
mimpinya lelaki.
"Special sangatkah
lelaki tu sampai angau begitu sekali?" saya bertanya lagi. Cuba
mengumpulkan sebanyak mungkin informasi daripada history taking yang
dijalankan.
"Macam ini sebenarnya. Saya ini
ada suka seorang lelaki ini. Tapi tahu sahajalah, saya perempuan, bila suka,
hanya mampu buat hanya diam saja. Pendam rasa sorang-sorang. Itu ok
lagi.
Tetapi satu hari, sebelum lelaki itu
mahu ke luar negara belajar untuk beberapa tahun, dia datang jumpa dengan
saya..." beliau bercerita.
Orang menaruh hati memendam rasa,
datang pula sang jejaka pujaan. Mengantuk disorongkan bantai beb. Indah!
"Apa yang dia cakapkan?"
tanya saya lagi. Cuba mengumpul simptom.
"Dia cakap dia sukakan saya.
Dia janji selepas habis belajar nanti, dia akan datang cari saya kembali,
Insyallah. Dan itulah masalahnya. Selepas itu hati saya tak tenang, asyik
teringatkan dia. Sedangkan dia di luar negara, tanpa beri keputusan yang
pasti," beliau menyambung.
Penantian satu penyeksaan.
Keluar daripada kes sebentar, ini
terutama untuk muslimat.
Jika orang hadir, bertanya soal
hati, cubalah menyatakan keputusan itu secepat mungkin dengan berfikir.
Jika YA, katakan dengan cepat.
Jika TIDAK, katakan dengan cepat.
Anda mungkin tidak perasaan dan tidak mengerti, ada lelaki yang tidak keruan
hidup tanpa keputusan yang tepat dan cepat.
Jangan seksa mereka dengan penantian
yang lama.
"Apa pandangan dan nasihat Amad
pada saya? Saya tahu itu silap, tapi macam mana nak baiki dan ubah?"sedih
bunyinya.
"Pertama, saya nak sekeh kepala
mamat yang cakap sayang tu," saya menjawap.
"Hah, suka hati nak sekeh
kepala orang," cepat beliau memberi respon.
"Ops, maaf terlupa pula kepala
orang saya nak sekeh itu adalah 'cik abang'," saya bergurau.
"Sebenarnya, orang yang membuat
kesilapan paling besar adalah lelaki itu. Anda, rasa suka, rasa minat kepada
seseorang, itu wajar saja. Tetapi tindakan lelaki itu adalah amat tidak
wajar," saya bagi pandangan.
"Salah lelaki tu? Kenapa? saya
tidak faham," dia menyoal balas.
"Silap paling besar lelaki itu
adalah dia mengucapkan rasa sayang dia itu pada anda!"
Perasaan wanita, lelaki harus
hormati.
Adakah salah meluahkan rasa sayang
apabila sememangnya sudah sayang?
Adakah salah menyimpan rasa sayang
apabila sememangnya sudah sayang?
Jangan sekali-kali kita menjadi
robot cinta. Persoalan dan bicara soal hati dan perasaan diukur dengan digital.
Wanita sebenarnya kompleks hatinya,
dan akan mudah dipengaruhi oleh perasaan.
Bagi mereka yang tidak menaruh
harapan kepada seorang lelaki itu, apabila diuji dengan persoalan berkaitan
hati, sudah tidak nyenyak tidur, makan tidak kenyang, mandi tidak basah. Inikan
pula yang sudah menaruh harapan.
Mengantuk disorongkan bantal.
Tetapi bantal itu bukan bantal
biasa, ia bantal fatamorgana.
Empuk bicaranya, hakikatnya sensara.
Empuknya bisa mengusik hati si gadis, sengsaranya adalah penantian tidak pasti.
Anda! Jika minat dan menaruh harapan
kepada si gadis, dan merasakan jalan pernikahan itu masih jauh dipandangan
mata, jangan sekali-kali gatal meringankan mulut untuk meluahkan perasaan
sayang itu.
Anda mahu pergi jauh, pergilah.
Jangan mengusik perasaan si gadis
dengan luahan itu. Elok-elok si gadis dapat mengawal diri dengan sangkaan hanya
bertepuk sebelah tangan, datang kita untuk bertepuk sama tetapi dalam nada yang
tempang.
Kita sebagai lelaki mungkin tidak
mengapa, masih mampu mengawal diri. Tetapi mereka? Sedangkan hakikat
sebenar jiwa lelaki dan wanita itu berbeza.
Anda mahu pergi dalam masa yang
lama, pergilah.
Pulang, jika masih ada sisa sayang
dan harapan itu, pergilah mencari kembali si gadis.
Dan jika si gadis pada saat itu
sudah diijabkabulkan dengan jejaka lain, apa susah, cari saja yang lain!
Reda dengan ketentuan dan ketetapan
Allah SWT itu lebih utama kerana menghadirkan kegelisahan hati pada si gadis
itu dosa.
Jadi, bila perlu beritahu yang kita
berkenan pada dia?
Apabila sudah berkenan, hadirnya
rasa suka dan merasakan jalan untuk ke gerbang pernikahan itu semakin jelas.
Pada saat itu, silakanlah mengungkap
rasa kasih dan sayang itu kepada ibu bapa si gadis.
Bertemulah dengan kedua orang tua si
gadis. Mintalah izin dengan ibu bapa si gadis.
Cepat-cepatkanlah kepada shake
hand dan lafazkan "Aku Terima Nikahnya".
Lawan jangan layan jangan.
"Dah tu, sekarang dia pun
terlepas cakap. Saya pulak dah lama terseksa dengan perasaan ini. Macam mana
nak buang ni?" tanya beliau.
Buang jangan, manage perlu.
Bagaimana? Cara menguruskan angau yang tidak berpijak ini adalah dengan
melupakannya.
Cara untuk melupakan cinta bukanlah
dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta
secara melupakannya!
Sesungguhnya kaedah terbaik untuk
melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih
sesuai dengan masanya.
Sibukkan diri dengan pelajaran dan
pengajian seoptima mungkin.
Sibukkan diri dengan kerja-kerja
persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat
"memberi".
Ustaz Hasrizal
Tidak lupa juga ingin saya berpesan untuk sekian kalinya,
masalah sayang, masalah cinta, masalah rindu adalah masalah jiwa. Kembalikan
masalah jiwa ini kepada pemilik segala jiwa. Allah SWT.
Jangan lepas daripada bermunajat kepada-Nya memohon
kekuatan. Jika tidak dijawab dalam satu hari, biarlah terus berusaha hatta 100
tahun sekalipun. Doa tetap doa, kerana kita hamba.
Cinta itu harus fikir, fikir itu harus mengunakan akal, akal
mampu sihat dengan hanya disirami iman.