Tolong beritahu si dia
aku ada pesanan buatnya…
Tolong beritahu si
dia, cinta agung adalah cintaNya
Tolong beritahu si
dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa…
Tolong nasihati si
dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…
Tolong nasihati si
dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…
Tolong nasihati si
dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya…
Tolong katakan pada si
dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…
Tolong katakan pada si
dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…
Tolong ingatkan si
dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa…
Tolong ingatkan si
dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…
Tolong ingatkan si
dia, aku kasihinya kerana santunnya…
Tolong tegur si dia,
bila dia mula mengagungkan cinta manusia…
Tolong tegur si dia,
bila dia tenggelam dalam angan-angannya…
Tolong tegur si dia,
bila nafsu mengawal fikirannya…
Tolong sedarkan si
dia, aku milik Yang Esa…
Tolong sedarkan si
dia, aku masih milik keluarga…
Tolong sedarkan si
dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…
Tolong sabarkan si
dia, usah ucap cinta di kala cita belum terlaksana…
Tolong sabarkan si
dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…
Tolong sabarkan si
dia, bina jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…
Tolong pesan kepadanya,
aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…
Tolong pesan
kepadanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…
Tolong pesan
kepadanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya…
Tolong khabarkan pada
si dia, aku tidak mahu melekakan dia…
Tolong khabarkan pada
si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…
Tolong khabarkan pada
si dia, aku sentiasa mendoakan kejayaannya…
Tolong sampaikan pada
si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…
Tolong sampaikan pada
si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…
Tolong sampaikan pada
si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha
Kuasa…
Tolong sampaikan
kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…
http://zafiruddin.blogspot.com/2011/01/i-love-allah.html