Ku cinta Dia. Kita mencintai Allah SWT. Adakah sekadar kata-kata cukup sebagai bukti?
" Tidak, cinta kepada-Nya tidak terbukti hanya melalui kata-kata. "
Hasan Al-Basri rahimahullah berkata:
Para sahabat Nabi SAW berkata: " Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami amat mencintai Allah SWT. " Kemudian Allah SWT mahu menjadikan tanda yang menunjukkan kecintaan kepada-Nya. Dengan itu Allah SWT menurunkan ayat berikut:
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي
يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika
benar kamu mencintai Allah SWT maka ikutilah aku. Nescaya Allah SWT mencintai
kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.(Ali 'Imran: 31)
Dari Abu Hurairah RA katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Sesungguhnya Allah SWT
berfirman: " Barangsiapa memusuhi kekasih-Ku, maka Aku memberitahu
kepadanya bahawa dia akan Aku perangi. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu
mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang amat Aku cintai lebih daripada
apabila dia melakukan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah
seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dan melakukan perkara sunnah
sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah
telinganya yang dia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang dia gunakan
untuk melihat, Akulah tangannya yang dia gunakan untuk mengambil dan Akulah
kakinya yang dia gunakan untuk berjalan. Andaikata dia meminta sesuatu
kepada-Ku pastilah Aku beri, dan andaikata dia memohon perlindungan kepada-Ku
pastilah Aku lindungi. "
(Riwayat Bukhari)
Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah berkata :
" Amalan yang paling
afdhal ialah melaksanakan amalan yang difardhukan oleh Allah SWT, menjauhi
perkara yang diharamkan-Nya dan benarnya niat untuk mendapatkan apa yang ada di
sisi Allah SWT semata-mata. "
Al-QuranDi antara perkara sunat utama yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT ialah membaca Al-Quran dan mendengarnya dengan penuh tafakkur, tadabbur serta memahaminya.
Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ
رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang
kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhankamu, dan
penawar bagi penyakit dalam dada kamu, dan hidayah petunjuk (untuk
keselamatan), serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.( Surah Yunus: 57)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
" Bacalah Al-Quran kerana
ia akan memberi syafaat(pertolongan)kepada sesiapa yang membacanya pada hari
akhirat kelak. "
Bukti DicintaiNyaApabila seorang hamba dicintai oleh Allah SWT, maka ada buktinya dan ada tandanya.
Telinganya, hanya mendengar sesuatu yang berupa ketaatan kepada Allah SWT, tidak atas dorongan hawa nafsu dan syaitan.
Pandangan matanya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT, jauh daripada dorongan kebinasaan hawa nafsu dan syaitan.
Tangan kaki dan pergerakannya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT, bukan kemaksiatan kepadaNya.
"Kita
muhasabah diri. Adakah terdapat pada diriku bukti-bukti itu? Adakah aku
dicintaiNya?"
Asy-Syaukaani berpendapat :
" Allah SWT memberi
kepada anggota-anggota tersebut nur-Nya (cahaya) yang menyuluh jalan hidayah
dan menghindarkannya daripada kesesatan. "
Siapa Bertakhta Di Hati ?Firman Allah SWT :
قُلْ إِنْ كَانَ أبَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ
وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا
وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ
مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ
اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah: " Jika bapa-bapa,
anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan
yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat
tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah SWT dan
Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya,maka tunggulah sehingga Allah SWT
mendatangkan keputusan-Nya ". Dan Allah SWT tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang yang fasiq. "(At-Taubah: 24)
Kecintaan kepada Allah SWT pasti membuahkan cinta kepada teman hidup dan keluarga. Cinta insani itu adalah buah daripada cinta kepada Allah SWT. Kecintaan kepada teman hidup dan keluarga perlu didasari dengan cinta kepada Allah SWT.
Kebahagiaan bergantung kepada sesuatu yang menjadi neraca nilai. Andai syara' diambil sebagai neraca nilai, kebahagiaan anugerah Allah SWT pasti bersama. Kebaikan adalah apa yang syara' tetapkan sebagai baik. Keburukan adalah apa yang syara' tetapkan sebagai buruk. Kehidupan dan interaksi indah dihiasi dengan nilai Islam.
Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Pencipta. Allah Al-Khaliq. Harta adalah ujian. Andai dimanfaatkan ke jalan Islam, Insyaallah ianya adalah amal yang akan menghadirkan cinta Allah SWT. Jika yang sebaliknya berlaku, pasti mengundang kemurkaan dan azab-Nya.
http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/1902-amal-untuk-meraih-cinta-allah-swt.html