"Jom clubbing malam ni. Kita pergi minum-minum jer," kata Ah
King Kong kepada Asmadol.
"Tak mau la, aku mana boleh.
Kau tak pe la," balas Asmadol menolak perlawaan Ah King Kong
Sebagai muslim, dia tidak mahu
terjerumus ke lembah hina. Di Kelab malam, macam-macam jenis syaitan
bertopengkan manusia ada. Ada yang bertanduk, yang tak bertanduk pun ada juga
"Ala kita bukan minum arak. Kita minum coke je, jom la," Ah
King Kong masih tidak berputus asa mengajak
seorang umat Muhammad ke tempat jin menari
"Ermmm. Aku tak beranilah.
Nanti mak aku marah. Lagipun aku mana penah pergi kelab malam ni," kata
Asmadol mahu melepaskan diri.
"Ala, sape nak bagitau mak kau.
Mak kau mana tahu kalau kau sendiri tak bagitahu. Lagipun malam ni aku dah
janji dengan kawan. Tak bestlah kalau aku pergi sorang, diorang datang berdua
takkan aku nak datang seorang saja" Ah King Kong memasukkan jarum
karatnya.
"Ermmm. Ok. Tapi kena janji tak
minum arak ok," balas Asmadol mempersetujui ajakan Ah King Kong dengan
bersyarat.
Itu hanyalah perbualan rekaan saya
sahaja. Tapi sering berlaku dalam dunia akhir zaman ni. Non Muslim (Yahudi) tak
jemu-jemu nak memasang perangkap untuk kita, namun kita masih belum sedar dan
masih mudah terpengaruh. Macam-macam agenda yang mereka cuba serapkan. Salah
satunya adalah kelab malam.
Apakah hukumnya masuk ke kelab malam?
Hukumnya tidak berdosa jika masuk ke
dalam kelab malam yang kosong (maksudnya hanya signboard kelab malam) tapi mana
ada kelab malam macam tu, kalau kelab malam yang baru nak beroperasi mungkin
tapi selalunya signboard akan dipasang paling akhir. [B]Hukumnya adalah haram
dan berdosa[/B]. Ya, haram dan berdosa walaupun tidak minum arak. Tapi cawan
yang digunakan itu keberangkalian untuk digunakan untuk air-air lain (arak)
adalah 90 %. Rajin ke diorang nak buat cawan asing-asing ni? Ermmm.. sendiri
mau ingatlah. Nauzubillah.
Ermmmm, kalau dah namanya kelab
malam mesti ada perempuan-perempuan miskin dan lelaki-lelaki kaya yang tak
cukup akal. Kenapa saya kata dekat kelab malam ada ramai perempuan-perempuan
miskin dan lelaki-lelaki kaya yang tak cukup akal? Haaaaaaa.. Laser kan saya
ni?? Maaflah kalau ada yang terasa. Saya cakap hakikat je. Nanti ada pulak yang
cakap, kubur masing-masing lah yang kau sibuk sangat apesal?
Haihhh, memanglah kubur asing-asing
tapi nanti sapa yang nak gali kubur, nak mandikan jenazah, nak solatkan
jenazah? Jenazah tu sendiri ke? Kalo jenazah tu boleh buat sendiri mau
bertempiaran orang kampung lari. Saya juga tak terkecuali akan lari. Lagipun
kalau kubur sekali boleh jugak la nak tolong-menolong di alam kubur, tapi kalau
dah asing-asing duduklah sorang-sorang dan diam-diam dalam tu. Kata-kata ini
lebih berupa peringatan kepada diri saya sendiri.
Perempuan miskin dan lelaki kaya tak cukup akal? Kenapa?
Kembali kepada topik perempuan
miskin dan lelaki kaya tak cukup akal. Perempuan-perempuan miskin yang
dimaksudkan adalah mereka yang tak cukup duit nak beli kain lebih buat baju.
Kalau diorang ni kaya pun mungkin kedekut agaknya. Tapi sepasang pakaian yang
menutup seluruh tubuh takdelah mahal pun. Harga mampu beli. Lelaki-lelaki kaya
yang tak cukup akal pula sebab menghabiskan duit pada perempuan-perempuan
miskin tadi. Maksudnya sugar daddy. Pahala atau dosa tu hak Allah jadi saya tak
mahu ulas pasal tu. Cumanya kalau duit tu disalurkan ke baitulmal ke ada jugak
baiknya. Saham akhirat tu.
Bila dah masuk ke dalam kelab malam
mesti la ada bunyi bising (lagu). Bunyinya masyaAllah membingitkan telinga.
Macam mana saya tahu? Opsss. saya pernah masuk ke??? Ish, Ish, Ish, saya tak
pernah masuk, cuma dengar orang cakap. Tapi cakap yang boleh dipercayai. Ayah
kepada member saya merupakan seorang polis bahagian narkotik jadi ada satu
ketika tu ayahnya turut serta dalam serbuan di kelab malam. Nak tangkap pusher
(pengedar dadah). Kawan saya cerita ayah dia beritahu keadaan bising di kelab
malam sampai macam nak pekak telinga, patutla orang yang masuk ke dalam kelab
malam akan mengambil pil estacy sebabnya untuk khayal dan tak terasa bingit
telinga.Masuk ke tempat jin menari ni mengundang padah. Malaikat di sebelah
kiri dah sedia dengan buku catatan manakala malaikat di sebelah kanan pula
hanya duduk bersenang-senang. Nasib tak baik, polis buat serbuan, bermalam la
dalam lokap. Nasib lebih tak baik, azab Allah di akhirat kelak. Nauzubillah.
Sebagai renungan bersama. Jauhilah
perkara-perkara mazmumah dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan malaikat di
sebelah kanan berehat panjang. Kita kena bagi malaikat di sebelah kanan ni buat
kerja banyak sikit catat amal kebaikan dan malaikat sebelah kiri duduk
bersenang-senang. Nasihat untuk diri saya dan juga teman-teman lain yang
membaca.
Sekian, InsyaAllah jumpa lagi.
Wassalam