~: renungilah pedoman di bawah
sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.
- KETIKA MENCARI CALON
Janganlah
mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami,
tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
- KETIKA MELAMAR
Anda
bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah
melalui orang tua/wali si gadis.
- KETIKA AKAD NIKAH
Anda
berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah
- KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat
dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus
berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir
untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan
do'a mereka.
- KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur
dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
- SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah
bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga
semak belukar yang penuh onak danduri.
- KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan
saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan
- KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah
isteri atau suami anda 100%
- KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan
bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri
atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
- KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah
bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan
suami dan isteri.
- KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan
lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita
- KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh
bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara
bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
- KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah
berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.
- KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan
pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah
marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada
anak….
- KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah
bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua,
yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
- KETIKA ADA PIL.
Jangan
diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
- KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah
formula 7 K
- Ketaqwaan
- Kasih sayang
- Kesetiaan
- Komunikasi dialogis
- Keterbukaan
- Kejujuran
- Kesabaran