Mengenai Saya

Foto saya
Malang, East Java, Indonesia
Uhibbuka Fillah...

Laman

Selasa, 05 April 2011

Sebarkan Kesejahteraan


Islam itu bermaksud sejahtera. Menyebarkan Islam itu bermaksud menyebarkan kesejahteraan kepada manusia. Kesejahteraan dunia dalam keamanan dan kesejahteraan di akhirat yang abadi kelak. Apakah kini kita menyebarkan kesejahteraan kepada manusia? Apakah kini kita menyebarkan ilmu untuk kesejahteraan untuk negeri abadi kita? Apakah kini kita bertindak dalam kehidupan seharian kita untuk kesejahteraan dunia dan akhirat kelak?
Sebarkanlah Salam Kesejahteraan
Tidak perlu ilmu setinggi gunung. Sampaikan apa sahaja yang kita sudah pasti sahih. Walaupun kita hanya tahu Surah Al-Fatihah sahaja. Ajak manusia lain membacanya. Walaupun kita tidak reti bercakap, kita sampaikan Islam menggunakan akhlak kita. Sebarkanlah kesejahteraan.
Sejahterakanlah Akhlak
Sejahterakanlah Bicara
Sejahterakanlah Perlakuan
Sejahterakanlah Pakaian
Sejahterakanlah Pemakanan
Sejahterakanlah Keilmuan
Sejahterakanlah Pekerjaan
Sejahterakanlah Kejiranan
Sejahterakanlah Persahabatan
Sejahterakanlah Segala Sudut Kehidupan
وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلاً۬ مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ
""Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"". (Surah Fussilat 41: ayat 33)

 

 http://www.iluvislam.com/design/e-kad/1984-sebarkan-kesejahteraan.html