Mengenai Saya

Foto saya
Malang, East Java, Indonesia
Uhibbuka Fillah...

Laman

Senin, 27 Desember 2010

Poligami : Syariah Law VS. Common Law Siri 1


Mungkin ramai masih teringat kisah sebuah 'page' di facebook "Allah is  terrorist" yang mana telah pun ditutup kerana mendapat tentangan dari  dunia Islam satu ketika dahulu. Namun di sini saya bukan cuba untuk  menyingkap tentang 'page' tersebut tetapi tentang satu dialog yang  sempat dilakukan sebelum saya di'ban' oleh pemilik 'page' tersebut.


Ketika memasuki laman tersebut, jelas ia dipenuhi dengan caci-maki serta  percakapan emosi antara bukan islam dan muslim di dalamnya. Pada waktu  itu, ramai daripada pengguna muslim beremosi dan memaki-hamun penganjur  laman tersebut dan mengeluarkan pelbagai surah dan ayat Al-Quran untuk  menjelaskan Islam adalah agama yang mulia.
Namun mungkin anda tidak  menyangka bahawa saya telah menegur muslim-muslim ini seawal kemasukan  saya di laman itu dan tidak langsung menegur bukan Islam yang  menyumpah-seranah Allah dan Islam. Saya akan cuba menyampaikan situasi  tersebut dalam ilustrasi dialog di dalam bahasa Melayu untuk kefahaman.
Hanif: Wahai orang Islam yang berada disini.  Sedar atau tidak bahawa mereka yang mengatakan Allah itu pengganas dan  Islam agama pengganas ini dari mereka yang tidak tahu? Mengapa kau semua  memarahi mereka? Kalau mereka tahu, mereka pun tidak akan mencaci-maki  atau mengatakan Allah dan Islam dengan tafsiran sebegini.
Tapi apa yang  kamu lakukan disini sama sekali tidak akan membantu memperlihatkan apa  yang cuba kamu jelaskan pada mereka. Kamu kata Islam itu agama yang  mulia tetapi kamu sendiri mencaci-maki mereka dan agama mereka. Jadi,  kalau mereka (bukan islam) ini golongan pelampau kerana mencaci dan  menghina Islam, apa bezanya kamu yang juga mencaci-maki dan menghina  agama mereka. Rasulullah sendiri dihina, dibaling dengan najis dan cuba  dibunuh, tetapi dia tidak melakukan seperti apa yang kamu semua lakukan.
Apakah yang berlaku selepas itu? Jawapannya ialah ia tetap berlaku  seperti biasa. Baik yang bukan Islam dan yang Islam terus menerus  berdebat dan memaki-hamun. Namun di sebuah 'thread' saya telah ditegur  oleh seorang bukan Islam dari United Kingdom kerana telah membaca  'posting' di atas tadi.
Lalu di sinilah bermulanya satu dialog yang  terbuka antara saya dengannya yang sememangnya berdialog secara  profesional untuk memperoleh kebenaran. Saya meringkaskan dialog itu  didalam bahasa melayu dan satu susunan kerana ketika kami berdialog,  tidak kurang juga ramai yang menyelit dan turut sama memaki hamun. Andai  mahu disalin kesemuanya, maka sudah tentu tidak elok untuk tatapan  semua. Begini secara amnya dialog tersebut.
John: Hanif – saya melihat anda seorang saja  muslim yang tidak mencarut dan emosi di laman ini. Saya pun tidak marah  muslim lain itu beremosi. Siapa pun akan marah bila agama dan tuhan  mereka dihina seperti ini. Cuma di sini saya ingin tahu adakah benar apa  yang muslim katakan Islam itu lengkap dan mulia sedangkan apa yang saya  lihat ia berlainan sekali dari apa yang dilakukan oleh orang muslim.
Hanif: John – saya tidak suka berdebat kerana  saya yakin kamu pun tahu debat tanpa hati terbuka dan mencari kebenaran  hanyalah satu pekerjaan yang membuang masa.


 Jikalau kamu hanya mengajak  saya berdebat untuk memburukkan Islam, saya samasekali tidak berminat  tetapi sekiranya kamu mengajak saya berdialog untuk tujuan ilmiah, saya  amat berbesar hati.
John: Hanif – jangan salah sangka. Saya bukan  mahu mencari musuh kerana saya tiada masalah dengan Islam dan muslim.  Saya menghormati kamu kerana kamu menegur kesilapan orang kamu sendiri.  Jadi bagi saya kamu bukanlah seperti mereka yang asyik mengatakan diri  mereka betul dan orang lain salah. Sungguhpun tuan laman ini telah  melampaui agama Islam dan menghina tuhan Islam, saya rasa perlu juga  orang Islam jelaskan dengan betul kenapa mereka bukan pengganas dan  Allah itu buka pengganas. Ramai antara kami sebenarnya yang memerhati  dan kasihan pada muslim tetapi kadangkala muslim mengutuk orang yang  beragama islam ni seolah-olah kami ini semua jahat, akan masuk neraka  dan berdosa. Sepatutnya siapa yang buat salah sajalah yang salah tetapi  mengapa semua bukan Islam turut dikatakan muslim akan masuk neraka dan  pendosa? Adakah muslim yang memaki hamun ini tidak berbuat dosa? Adakah  muslim boleh mencarut serta menghina dan tak dikira berdosa tetapi bukan  Islam pula sebaliknya?
Hanif: John -  baiklah John. Terima kasih kerana  keterbukaan. Saya rasa kita usah berbincang tentang mereka kerana itu  lebih akan membuang masa kita. Baik yang muslim dan bukan Islam yang  berbuat perkara salah, ia tetap satu yang salah. Kamu pun sendiri  melihat saya menegur kesalahan mereka. Jadi saya rasa lebih baik kamu  terus kepada apa yang ingin kamu katakan. Saya cuba menjawab sebaik  mungkin.
John: Hanif – baiklah. Muslim berkata Islam  agama yang adil tetapi saya rasa tidak. Contohnya islam benarkan  poligami. Lelaki muslim boleh berkahwin 4 isteri tetapi perempuan muslim  tidak boleh berkahwin 4 suami. Dimanakah adilnya disitu?
Hanif: John – Antara lelaki dan perempuan, siapakah yang paling berpotensi menjadi pemimpin?
John: Hanif – Sudah tentu lelaki. Itu sangat  jelas. Tapi adakah sebab lelaki itu memang kaum yang hebat memimpin,  maka hak siperempuan dinafikan tidak boleh berkahwin empat?
Hanif: John – nanti dulu John. Jangan  terburu-buru dengan soalan seterusnya. Jadi anda bersetuju lelaki adalah  kaum yang memang lebih hebat memimpin. Jadi disini tidak salah Islam  memberikan hak memimpin kepada kaum lelaki dimana seorang lelaki boleh  memimpin empat orang isteri. Seterusnya, kalau lelaki mempunyai 4  isteri, maka kita boleh tahu siapa ayah kepada anak-anak itu. Tapi anda  boleh tentukan siapa ayah kepada anak seorang isteri yang mempunyai 4  orang suami?
John: Hanif – kita boleh menggunakan DNA untuk mengenalpasti anak tersebut dari baka siapa.



Hanif: John – bagaimana sekiranya ayah yang  dikesan melalui DNA itu tidak mengaku dan mengatakan mungkin ada  kesilapan? Ini boleh berlaku apabila suami-suami yang lain tidak mahu  mengambil tanggungjawab terhadap anak itu. Penentu DNA boleh dibayar.  Maka ia akan jadi kes mahkamah dan nasib si isteri itu terumbang ambing  sehingga penyiasatan selesai. Jikalau ia mengambil masa, apakah nasib si  anak dan isteri tersebut? Selain daripada itu, sekiranya isteri itu  perlu melayan empat orang suami ketika mengandung, dan hubungan seks  kerap itu menyebabkan bayi didalam kandungan gugur, anda boleh bayangkan  apa akan terjadi sekiranya suami-suami tadi menyaman antara satu sama  lain?
John: Hanif – baiklah saya simpulkan perempuan  berkahwin empat bukanlah satu idea yang bijak dan saya rasa ia mengarut  sama sekali. Secara teknikal memang seorang lelaki yang ada banyak  isteri sekalipun tidak akan menghadapi masalah dalam penentuan baka dan  warisan serta tidak akan menimbulkan masalah dalam urusan perwarisan  harta dan hak.
Tetapi anda perlu faham juga, sungguhpun secara teknikal  ianya tidak mendatangkan masalah, ia tetap merupakan satu undang-undang  yang tidak melindungi hak seorang wanita. Bukankah elok seorang suami  itu hanya ada seorang isteri. Jadi kedua-duanya tidak perlu cemburu dan  berkasih-sayang secara normal. Undang-undang Islam membuat perkara ini  menjadi tidak normal. Bila lelaki muslim boleh berkahwin 4 isteri,  adakah Islam tidak mengambil kisah perasaan isteri-isteri tadi? Bagi  saya undang-undang Islam masih tidak menjaga hak asasi seorang wanita  seperti yang diperkatakan oleh semua muslim disini. Saya lebih hairan  muslim mengatakan 'common law' itu tidak lengkap sedangkan undang-undang  ini lebih terperinci berbanding undang-undang Islam dari buku Quran  itu.


http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1380-poligami-syariah-law-vs-common-law-1.html