Apabila disebut perkataan ‘jihad’,
apakah yang terlintas di dalam fikiran kita? Serta-merta tergambar kesungguhan
berkorban yang akan menimbulkan semangat berjuang hingga ke titisan darah yang
terakhir! Semangat ini memang baik dan perlu dipupuk bertepatan dengan
ketetapan Islam serta kehendak Allah SWT.Hakikat jihad menurut syara’ ialah
seorang muslim menyerahkan tenaganya untuk mempertahan dan menyebarkan Islam
bagi mencapai keredaaan Allah. Dari sini nanti akan terbentuk sebuah masyarakat
Islam dan seterusnya akan terbina negara Islam yang sehat.
Jihad mesti berterusan hingga ke
hari qiamat. Martabat jihad yang paling rendah ialah jihad di dalam hati dan
yang paling tinggi ialah berperang di atas jalan Allah. Mengorbankan waktu,
harta dan kepentingan diri sendiri demi kebaikan Islam serta ummatnya juga
dikira sebagai jihad. Begitu juga dengan menyeru kearah kebaikan dan mencegah
kemungkaran serta memperjelaskan hakikat keEsaaan Allah juga merupakan
sebahagian dari pada jihad.
Bagimanakah kedudukan wanita dalam
jihad?
Jawapan kepada persoalan ini mesti
benar-benar difahami supaya sumbangan kita dalam jihad akan menguntungkan Islam.
Oleh itu, kita perlu menyingkap kembali lembaran sejarah Rasulullah SAW untuk
mengambil iktibar tentang persoalan jihad bagi kaum wanita.
Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan
Ath-Thabrani, pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’
(wanita yang pintar berpidato) datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata:
"Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan
oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat
pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan
mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah
pula balasan kami untuk semua itu?"
Bersabda Rasulullah
SAW:"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita,
bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala
orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi adalah sangat sedikit sekali
daripada golongan kamu yang dapat melakukan demikian.
"Pada ketika yang lain,
Rasulullah SAW pernah ditanya: "Wahai Rasulullah, perempuan manakah yang
baik?"Baginda menjawab: "Perempuan yang menggembirakan suaminya
apabila si suami memandangnya, mentaati suami apabila diperintah dan tidak
menyalahi suaminya baik mengenai diri peribadinya, harta kekayaannya atau
dengan apa yang dibenci oleh suaminya."
Pada dasarnya, kaum wanita disamakan
dengan kaum lelaki dalam tanggungjawab agama sama ada mengenai aqidah, ibadah
dan muamalah, kecuali tanggungjawab yang khusus yang sesuai dengan fitrah
(nature) kaum wanita. Begitu juga dengan tanggungjawab jihad yang diwajibkan
kepada kaum lelaki tidak diwajibkan kepada kaum wanita. Seandainya kaum wanita
berupaya pergi bersama-sama kaum lelaki ke medan pertempuran, tidaklah ditolak
oleh Islam. Bagaimanapun tugas ini hanya dianggap sebagai sumbangan tambahan.
Kita perlu jelas jihad yang paling
utama dan dituntut kepada setiap wanita ialah taat kepada suami dan mengakui
hak suami, manakala jihad di luar rumah adalah sumbangan tambahan bagi mereka
yang berbuat demikian.
Bagaimanakah pendirian kita?Kita
mesti menyakini bahawa berjihad di barisan hadapan oleh kaum lelaki manakala
jihad kaum wanita sebagai tulang belakang adalah ketetapan Allah SWT yang Maha
Adil, semata-mata demi kemakmuran alam ini. Kita perlu memahami firman Allah
yang bermaksud:"Dan orang lelaki dan perempuan (yang beriman) sebahagian
mereka (adalah) penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh
(mengerjakan) yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar." (At-Taubah : 71)
"Dan tidak sepatutnya bagi lelaki
yang mukmin dan wanita yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah
menentukan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang
urusan mereka. Dan sesiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka
sesungguh-nya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata." (Al-Ahzab :
36)
Sekarang sudah tiba masanya untuk
kaum wanita menanamkan azam dan mengumpulkan kekuatan bagi menumpukan diri
melaksanakan sepenuhnya jihad sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dan
Rasul-Nya.Tingkat kekuatan yang utama ialah kekuatan iman. Iman yang kuat dapat
mengekang hawa nafsu yang sentiasa mengganas serta melemahkan keazaman. Dengan
ini, barulah jihad yang ingin kita laksanakan menjadi kenyataaan.
Firman Allah:"Adapun yg rasa
takut maqam Tuhannya, mencegah diri drpd menurut hawa nafsu syurgalah tempat
kembalinya.
" (An-Nazi’at :
40-41)"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja) sedang
Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang yang berjihad di antara kamu dan
tidak mengambil wali (teman rapat) yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang
yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
(At-Taubah : 16)
Sudut-sudut jihad wanita
- Menjadikan rumahtangga tempat yg bahagia utk keluarga b’kumpul.
- Mewujudkan suasana Islam dalam proses pendidikan dan pembesaran anak-anak.
- Menyempurnakan segala urusan rumah tangga menurut syara’ dengan penuh keikhlasan semoga akan beroleh keberkatan.
- Mengajak kaum wanita lain memahami prinsip-prinsip Islam dan cara hidup yang Allah tetapkan.
- Memerangi perkara-perkara bid’ah, khurafat serta pemikiran yg salah dan adab-adab yg buruk yg mengusai wanita masa kini.
- Menyertai rancangan kemasyarakatan yang berfaaedah untuk umat manusia amnya, seperti tadika, menjaga anak-anak yatim, kelab pemudi, sekolah-sekolah dan bantuan untuk keluarga miskin.
Sebagai kesimpulan, sekali lagi
perlu dijelaskan dalam diri kita bahawa jihad yang utama bagi wanita adalah
wajib bagi semua muslimah dalam batas kemampuan yang telah Allah kurniakan.
Manakala jihad tambahan yang Allah anugerahkan bersama keistimewaan tertentu
tidak boleh membatalkan jihad yang utama. Jihad utama mesti dilaksanakan
dahulu.