Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji.. sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan celaru fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda.
01.Jangan Bersedih... Cinta
Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan.
02.Jangan Bersedih... Redha
Dengan anugerah Allah membuat anda kaya di dunia.
03.Jangan Bersedih... Allah
Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas.
04.Jangan Bersedih...
Semata-mata disebabkan anda berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian
Allah itu ada kelebihan tersendiri.
05.Jangan Bersedih... Bila
disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah
dugaan dari Yang Maha Esa.
06.Jangan Bersedih...
Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan.
07.Jangan Bersedih... Kerana
kesedihan anda akan membuat musuh anda gembira.
08.Jangan Bersedih... Atas
perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap
Allah.
09.Jangan Bersedih... Allah
tidak akan mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun
buruk ada hikmahnya.
Wahai sahabat-sahabat, janganlah bersedih, dunia ini terlalu hina untuk
ditangisi.http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/800-wahai-sahabat-janganlah-bersedih.html